Pengendalian bedah siasat mayat semasa penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia : kajian kes tentang COVID-19

Ramalinggam Rajamanickam, and Nur Insyirah Mohamad Noh, and Nur Khalidah Dahlan, (2021) Pengendalian bedah siasat mayat semasa penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia : kajian kes tentang COVID-19. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 59-69. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
316kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1453

Abstract

Kematian pemeriksa perubatan di Thailand akibat jangkitan koronavirus daripada mayat telah mengejutkan dan membimbangkan semua pihak. Kes ini menunjukkan bahawa semua pihak mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan virus, seperti COVID-19. Dalam aspek ini, ahli patologi turut mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan kerana mereka terlibat secara langsung dalam pengendalian bedah siasat pada setiap masa, termasuklah semasa penularan wabak penyakit berjangkit seperti, COVID-19. Bagi tujuan pengendalian bedah siasat semasa COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan Guidelines for Handling Dead Bodies of Suspected/Probable/Confirmed COVID-19. Walaupun Garis Panduan ini dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat secara amnya, namun Garis panduan ini dilihat tidak komprehensif dan mempunyai kekurangan. Antaranya, Garis Panduan ini tidak selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Institut Perubatan Forensik Negara. Tambahan pula, definisi kes COVID-19 yang diberikan juga tidak merangkumi semua jenis kes. Hanya kes-kes yang tergolong dalam definisi kes COVID-19 yang boleh dijalankan ujian. Jika tidak tergolong dalam definisi tersebut, maka ujian tidak boleh dijalankan. Malahan, Garis Panduan tersebut juga tidak menjelaskan pemakaian autopsi maya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menilai kerangka undang-undang yang sedia ada di Malaysia berkaitan dengan pengendalian bedah siasat dalam menangani isu-isu yang berbangkit tentang pengendalian bedah siasat semasa penularan wabak penyakit berjangkit, seperti COVID-19. Artikel ini mendapati bahawa undang-undang dan garis panduan tentang pengendalian bedah siasat mayat semasa penularan wabak penyakit berjangkit di Malaysia, khususnya COVID-19 tidak menyeluruh. Sesungguhnya, undang-undang dan garis panduan berhubung dengan pengendalian bedah siasat semasa penularan wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19 di Malaysia haruslah ditambah baik di samping penggubalan tatacara pengendalian piawai dari segi amalan untuk membantu semua pihak yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Bedah siasat; Penyakit berjangkit; Malaysia
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:18686
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2022 07:25
Last Modified:25 May 2022 00:22

Repository Staff Only: item control page