Situasi dan cabaran perundangan kepada Orang Asli dalam era pandemik COVID-19

Muhamad Sayuti Hassan, and Rozana Abdullah, (2021) Situasi dan cabaran perundangan kepada Orang Asli dalam era pandemik COVID-19. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 97-108. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1453

Abstract

Situasi dan implikasi pandemik COVID-19 adalah sangat mencabar kepada setiap lapisan masyarakat khususnya dari aspek ekonomi. Orang Asli turut menerima impak negatif susulan pandemik COVID-19 ini kerana kedudukan mereka sedia ada telah dibelenggu dengan isu ekonomi, dihimpit kemiskinan dan terpinggir dari pembangunan arus perdana. Sehubungan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis mengenai situasi hak ekonomi Orang Asli dan cabaran perundangan dalam era pandemik COVID-19. Artikel turut menganalisis undang-undang, dasar serta polisi berkaitan hak ekonomi Orang Asli, seterusnya mengenalpasti cabaran perundangan sedia ada. Artikel ini mengemukakan dua dapatan utama iaitu 1) usaha kerajaan wajar dipertingkatkan lagi bagi membantu Orang Asli dalam menghadapi cabaran COVID-19; dan 2) wujudnya jurang dan cabaran perundangan sedia ada berhubung hak Orang Asli termasuklah hak ekonomi dalam mendepani ujian pandemik COVID-19. Dapatan ini sangat signifikan kerana hak Orang Asli termasuklah hak ekonomi masih jauh ketinggalan dan memerlukan penambahbaikan segera dari pelbagai aspek termasuklah strategi, undang-undang dan pelaksanaannya khususnya dalam era Pandemik COVID-19 ini. Kesimpulannya, penulisan ini dapat memberi sumbangan yang penting ke arah pembangunan lestari kepada Orang Asli seterusnya membantu Malaysia menunaikan obligasi undang-undang antarabangsanya.

Item Type:Article
Keywords:Akta Orang Asli 1954; COVID-19; Ekonomi; Orang asli; Pandemik; Undang-undang
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:18689
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2022 07:48
Last Modified:25 May 2022 00:26

Repository Staff Only: item control page