Penelitian semula rumus tatatabahasa daripada perspektif potensi pelajar

Hishamudin Isam, and Mashetoh Abd Mutalib, and Norsimah Mat Awal, (2019) Penelitian semula rumus tatatabahasa daripada perspektif potensi pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 11-18. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
857kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...

Abstract

Potensi seseorang individu boleh dibentuk melalui dorongan secara berterusan dan terpimpin. Sebagai ganjaran daripada hasil dorongan yang diusahakan, seseorang individu mampu menggerakkan potensinya untuk mencapai dan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Berteraskan premis tersebut, kertas kerja ini bertujuan menyerlahkan potensi pelajar Tingkatan 6 dalam membincangkan proses peluasan rumus tatabahasa sedia ada, dengan memfokus kepada hasil dapatan daripada kerja menganalisis, mensintesis dan menilai perbandingan rumus baharu dengan rumus sedia ada. Rumus yang dijadikan bahan analisis ialah rumus kata sendi nama demi yang didokumenkan dalam Tatabahasa Dewan (2014), dan rumus ini disemak semula berdasarkan pengaplikasian analisis bahasa berasaskan data semula jadi (naturally accurring data). Bersandarkan kepada kaedah analisis kandungan dalam penyelidikan bahasa, penyelidikan ini telah meneliti dan membincangkan hasil dapatan berkenaan perbincangan perbandingan rumus tatabahasa (sedia ada dan baharu) oleh pelajar melalui dokumen yang mereka sediakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa, pelajar mampu menyerlahkan potensi dalam membincangkan proses peluasan rumus kata sendi nama demi. Tiga (3) rumus sedia ada berkaitan kata sendi nama demi diyakini boleh meluas, dengan setiap satu (1) daripada rumus tersebut menunjukkan gejala peluasan yang sangat menarik untuk dibincangkan. Selain dapat membuktikan bahawa, potensi seseorang individu mampu digerakkan untuk mencapai dan menghasilkan sesuatu yang diharapkan, dapatan ini juga dapat membuktikan bahawa, bahasa ialah sesuatu yang sentiasa berkembang, berubah-ubah, hidup, luwes dan dinamik iaitu berubah mengikut peredaran waktu dan berkembang mengikut kesesuaian zaman.

Item Type:Article
Keywords:Potensi; Pelajar; Rumus tatabahasa; Kata sendi nama demi; Data semula jadi
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:18691
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2022 04:32
Last Modified:25 May 2022 00:39

Repository Staff Only: item control page