Keberkesanan dan kesan penggunaan lampu LED terhadap penjimatan tenaga dan bil elektrik di Blok K11A Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Muhammad Rahimi Yusop, and Rapidah Mat Stafa, and Najatulmuna Hamdan, and Danny Hamidon Omar, and Zulfadly Anuar Taip, (2019) Keberkesanan dan kesan penggunaan lampu LED terhadap penjimatan tenaga dan bil elektrik di Blok K11A Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 19-29. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...

Abstract

Tenaga elektrik merupakan sumber pencahayaan yang utama dalam kehidupan manusia. Pencahayaan yang baik adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia untuk memberikan keselamatan, kesihatan dan keselesaan kepada pengguna di mana sahaja termasuklah ruang kerja, kawasan kediaman, jalan raya dan sebagainya. Justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan lampu LED dan kesannya dalam penjimatan tenaga termasuk bil bulanan dan juga persepsi pelajar berkaitan keselamatan, keselesaan dan pencahayaan di blok asrama pelajar lelaki K11A, Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula pada Julai 2018, kesemua lampu kalimantang pendaflor di blok bangunan ini telah ditukarkan kepada lampu jenis Light Emitting Diode (LED) jenis T5 9W dan T5 18W masing-masing sebanyak 266 dan 294 unit. Kajian ini juga bertujuan untuk memperoleh maklum balas pengguna terhadap faktor pencahayaan lampu LED berbanding lampu kalimantang pendaflor. Data untuk kajian ini diperoleh daripada (1) bacaan meter penggunaan tenaga elektrik dan bil bulanan daripada Unit Pengurusan Tenaga Prasarana UKM bgai tahun 2017-2018; (2) data rekod penyelenggaran lampu sepanjang tahun 2017- 2018; dan (3) soal-selidik atas talian daripada para pelajar melibatkan 157 orang responden yang menghuni di blok tersebut. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik melalui Google Form secara atas talian, Facebook dan juga aplikasi Whats App. Melalui pemantauan yang dibuat selama 6 bulan bermula Julai – Disember 2018, tindakan ini telah berjaya menghasilkan penjimatan tenaga sebanyak 50,566.20 KilowattJam dan penjimatan pada bil sekitar RM15,169.86 (bersamaan 14.1%) berbanding enam bulan terakhir tahun 2017 bagi keseluruhan blok. Hasil soal selidik menunjukkan 49.7% daripada para responden bersetuju kualiti pencahayaan lampu adalah sangat memuaskan selepas penukaran lampu LED dijalankan. Kos penyelenggaraan juga dijangka dapat dikurangkan.

Item Type:Article
Keywords:Lampu LED; Penjimatan kos; Keselamatan; Keselesaan; Pencahayaan; Pelajar
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:18696
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2022 07:42
Last Modified:25 May 2022 00:40

Repository Staff Only: item control page