Azarudin Awang, and Azman Che Mat, and Wahairi Mahmud, (2019) Pembelajaran berasaskan dialog antara budaya (PPDaB) dan aplikasi di dalam kelas. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 39-46. ISSN 0128-2735
|
PDF
792kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...
Abstract
Apresiasi dan pemahaman terhadap perbezaan budaya yang berbeza mampu memupuk persefahaman dan perpaduan kaum. Salah satu mekanisme bagi memupuk persefahaman ini ialah melalui pelaksanaan dialog antara budaya di dalam kelas. Dialog antara budaya merupakan interaksi yang berlaku antara dua pengamal budaya yang berbeza. Kepelbagaian kaum, etnik dan sub etnik di Malaysia menjadikan dialog antara budaya sebagai medium integrasi dan perpaduan yang penting. Objektif kajian ini ialah melihat tahap pengetahuan pelajar terhadap budaya popular rakan-rakan dari etnik atau sub etnik yang berbeza pada sebelum dan selepas aktiviti PPDaB dijalankan. Selanjutnya, meneliti sikap dan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan PPDaB di dalam kelas. Eksperimen ini dilakukan ke atas para pelajar sarjana muda yang mengambil kursus Hubungan Etnik (CTU 553) di Universiti Teknologi Mara di Terengganu. Borang soal selidik diedarkan kepada jumlah 71 orang pelajar yang mengikuti kelas ini di UiTM Terengganu. Analisis statistik dengan ujian min dan sp (sisihan piawai) digunakan bagi melihat pengetahuan, sikap dan persepsi pelajar terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu mempertingkatkan tahap pengetahuan, membentuk sikap yang lebih positif dan minat pelajar kepada skala yang lebih tinggi. Hal ini bermakna inovasi melalui pelaksanaan PPDaB di dalam kelas mampu meningkatkan kefahaman, empati diri dan pelajar merasa seronok terhadap proses pembelajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Eksperimen; Dialog; Budaya; Hubungan etnik; UiTM |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 18698 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 May 2022 08:04 |
Last Modified: | 25 May 2022 00:44 |
Repository Staff Only: item control page