Noradilah Aziz, and Lai, Wei Sieng (2019) Impak pendidikan berasaskan teknologi terhadap peningkatan prestasi pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 69-75. ISSN 0128-2735
|
PDF
747kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...
Abstract
Artikel ini bertujuan mengkaji penggunaan teknologi media dalam sistem pendidikan di kalangan pelajar untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan kemajuan negara. Kajian ini memberi manfaat kepada pendidikan khususnya Universiti Awam yang menjadikan ini sebagai salah satu platform utama dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melihat sejauh mana penggunaan dan penguasaan pelajar dalam teknologi sebagai bahan bantu belajar untuk memperoleh maklumat tanpa sempadan. Kajian ini menggunakan pengumpulan data primer iaitu kaedah soal selidik. Pelaksanaan pengumpulan data kajian ini dijalankan menerusi kaedah edaran soal selidik kepada pihak responden secara persampelan rawak mudah yang melibatkan sepenuhnya analisis kuantitatif dengan menggunakan perisian komputer iaitu Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) dan Microsoft Excel. Dapatan kajian ini menunjukkan golongan remaja yang terdedah dengan teknologi maklumat lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam perkongsian maya melalui media sosial serta mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata. Selain itu, perbezaan impak penggunaan teknologi dalam pembelajaran antara jantina berasaskan kepada ujian Man-Whitney U adalah tidak signifikan dan perbezaan kesan penggunaan teknologi dalam pembelajaran antara fakulti berasaskan kepada ujian Kruskal Wallis juga adalah tidak signifikan. Kemajuan penggunaan teknologi ini adalah penting bagi membolehkan negara berada seiring dengan negara-negara maju dan dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk menyumbang kepada kemajuan dalam sistem pendidikan dan sosio ekonomi negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem pendidikan; Universiti awam; Penggunaan teknologi media; Kepentingan teknologi |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 18701 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 May 2022 08:21 |
Last Modified: | 25 May 2022 00:48 |
Repository Staff Only: item control page