Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia

Norain Mod Asri, and Mhd Suhaimi Ahmad, and Md Daud Ismail, (2019) Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 77-91. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...

Abstract

Dewasa ini, bidang keusahawanan sedang rancak dikembangkan di Malaysia menerusi pendidikan formal. Ini termasuklah usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Namun, yang menjadi persoalannya kini adalah hanya segelintir kecil pelajar sahaja yang dikenalpasti telah menceburkan diri dalam perniagaan walaupun banyak usaha dan sumber kewangan telah dilaburkan oleh pihak universiti dan kementerian. Justeru, kajian ini bakal mengupas isu berkaitan tahap kecenderungan mahasiswa UKM terhadap keusahawanan. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan skala Likert. Seramai 310 pelajar yang aktif dalam bidang keusahawanan dari pelbagai latar belakang telah dipilih menerusi kaedah 'purposive sampling'. Dapatan kajian yang dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif menunjukkan walaupun lebih dua per tiga pelajar berkecenderungan terhadap keusahawanan terutama di kalangan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, tetapi taburan pelajar adalah tidak sama rata mengikut fakulti. Di samping itu, didapati bilangan pelajar yang mempunyai kecenderungan keusahawanan turut semakin merosot sewaktu semester-semester terakhir pelajar berada di IPT.

Item Type:Article
Keywords:Kecenderungan; Keusahawanan; Analisis deskriptif
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:18702
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2022 08:24
Last Modified:25 May 2022 00:49

Repository Staff Only: item control page