Kebolehgunaan dan kesan aplikasi mudah alih (Mobile Apps) dalam Minggu Mesra Mahasiswa UKM

Mohd Suzeren Md Jamil, and Roslee Rajikan, and Noor Alaudin Abdul Wahab, and Shahrul Nazmi Sannusi, and Muhammad Hamiduddin Saat, (2019) Kebolehgunaan dan kesan aplikasi mudah alih (Mobile Apps) dalam Minggu Mesra Mahasiswa UKM. Jurnal Personalia Pelajar, 22 (1). pp. 93-101. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personali...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan dan kesan aplikasi mudah alih ‘MESRA@UKM’ dalam Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) 2018. Aplikasi mudah alih ini dibangunkan menggunakan alat pengarangan Framework react native language javascript untuk pelantar Android dan iOS yang mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk menilai perisian ini, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala Likert lima pilihan telah digunakan. Seramai 1258 orang pelajar baru UKM telah mengambil bahagian sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif untuk menilai persepsi pengguna terhadap kebolehgunaan aplikasi mudah alih ‘MESRA@UKM’ yang dibangunkan. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar sangat berpuas hati terhadap aplikasi yang dibangunkan ini. Kesimpulannya, pembinaan aplikasi mudah alih ini berjaya dibangunkan dan berpotensi dilaksanakan bagi membantu pelajar seperti dalam penyampaian maklumat, tunjuk arah, jadual program dan pergerakan bas serta bantuan menjawab pelbagai persoalan pelajar dalam memastikan kelancaran sepanjang MMM.

Item Type:Article
Keywords:Aplikasi mudah alih; Minggu Mesra Mahasiswa; MESRA@UKM
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:18703
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2022 08:28
Last Modified:25 May 2022 00:50

Repository Staff Only: item control page