Analisis fenomenologi khalayak sinema Tamil Malaysia

Badrul Redzuan Abu Hassan, (2021) Analisis fenomenologi khalayak sinema Tamil Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 37-55. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
686kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451

Abstract

Sinema Tamil tempatan merupakan sebahagian daripada industri perfileman nasional. Pengaruh sinema ini dilihat mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berjaya mencapai kutipan pecah panggung menerusi Vedigundu Passange arahan Dr. Vimala Perumal. Namun, cabaran industri ini bukanlah disebabkan statusnya sebagai sinema minoriti, tetapi perlu bersaing dengan industri perfileman India khususnya Kollywood yang bertaraf global dan sentiasa dijadikan ukuran perbandingan. Tujuan utama makalah ini ialah untuk mengimbau dan memahami sikap dan pengalaman penontonan filem-filem berbahasa Tamil dalam kalangan khalayak masyarakat India di negara ini. Pendekatan fenomenologi telah digunakan sebagai panduan untuk melakukan penelitian tentang bagaimana khalayak membina pengetahuan, kesedaran dan pengalaman individu selaku subjek yang menonton filem-filem Tamil tempatan dan Kollywood. Menggunakan kaedah temubual berfokus, dapatan kajian dapat dirumuskan dalam 3 aspek: pertama, khalayak sinema Tamil tempatan hari ini majoritinya ‘mendewasa’ dengan keetnikan Tamilnadu atau jingoisme Bollywood dan masih bergelut untuk menerima kelainan dan inovasi pada naratologi, sinematografi, penataan muzik atau seni lakon, dan penggunaan teknologi komputer dan kesan khas; kedua, khalayak sinema Tamil tempatan dilihat mula menyedari fungsi Bahasa Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sebagai penanda keetnikan masyarakat Tamil; dan ketiga, pendekatan fenomenologi telah mendedahkan walaupun kesedaran dan afiniti kolektif khalayak tempatan telah dibina oleh imaginari ‘tanah leluhur’ secara signifikan, mereka komited untuk membuktikan daya ketahanan mereka dalam menghadapi pengaruh imaginari berdiaspora itu. Kesimpulannya, sikap ambivalen dalam kalangan khalayak filem Tamil negara ini mungkin terbentuk dari imaginari ketamilan yang global. Mereka seharusnya turut sedar akan implikasi daripada konstruksi dan konsumsi imaginari ini ke atas payung kebudayaan negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Diaspora; Keetnika; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sinema Tamil; Vernakular
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18707
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2022 03:28
Last Modified:31 May 2022 08:39

Repository Staff Only: item control page