Muhammad Adnan Pitchan, and Sharifah Nur Azita Syed Anuwa, (2021) Kesan pelaksanaan Pusat Internet Desa ke atas penduduk luar bandar di Beranang dan Tanjung Sepat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 70-87. ISSN 0128-1496
|
PDF
667kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451
Abstract
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah terbukti berupaya membantu memudahkan aktiviti harian yang dahulunya dijalankan secara manual berubah ke arah yang lebih produktif. Tidak dinafikan teknologi ini turut mengubah gaya hidup masyarakat. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan penduduk di Malaysia sama ada di kawasan bandar atau luar bandar seiring menguasai teknologi ICT termasuklah melalui Pusat Internet Desa (PID) Beranang dan PID Tanjung Sepat. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengetahui kesan pelaksanaan PID ke atas penduduk luar bandar, serta melihat cadangan penambahbaikan pelaksanaan PID ke atas penduduk luar bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual mendalam bersama penggubal dasar di KKMM dan pelaksana dasar iaitu penyelia yang bertugas di PID serta kumpulan fokus yang melibatkan 28 orang pengguna PID bagi pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati pelaksanaan PID sememangnya berkesan untuk memajukan penduduk luar bandar. Para pengguna memperoleh kepuasan yang begitu tinggi terutamanya bagi aspek ekonomi. Namun begitu, aspek fasiliti yang terhad mengganggu kepuasan pengguna untuk menggunakan PID ini. Hal ini kerana, keluasan PID yang sempit dan jumlah komputer yang terhad mengganggu keselesaan pengguna. Aktiviti hebahan mengenai pelbagai program PID ini turut perlu dipertingkatkan kerana masih ramai penduduk luar bandar yang beranggapan PID ini hanyalah tempat untuk mengakses internet sahaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Teknologi maklumat; Dasar; Pusat Internet Desa; Luar bandar; Digital |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 18709 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 May 2022 03:51 |
Last Modified: | 31 May 2022 08:41 |
Repository Staff Only: item control page