Semangat patriotisme melalui penggunaan media baharu dalam kalangan belia di Malaysia

Nur Aishah Zainal, and Mohd Azul Mohamad Salleh, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2021) Semangat patriotisme melalui penggunaan media baharu dalam kalangan belia di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 177-198. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
854kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451

Abstract

Media baharu memainkan peranan dengan memberi penekanan terhadap saluran komunikasi dalam menyampaikan maklumat kenegaraan untuk meningkatkan semangat patriotisme. Kesan pengaruhnya memberikan satu evolusi kepada penyuburan semangat patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian lepas menunjukkan semangat patriotisme belia adalah sangat rendah dan longgar. Atas faktor sedemikian, kajian menyeluruh berkaitan kepentingan media baharu dalam menyuburkan semangat patriotisme dilaksanakan untuk mengenalpasti faktor sebenar yang mempengaruhi belia untuk lebih bersifat patriotik. Empat aspek kepentingan media baharu yang mempengaruhi penyuburan semangat patriotisme dikaji untuk melihat hubungan dan pengaruhnya kepada golongan belia. Aspek yang dikaji adalah tingkah laku, proses pembelajaran, persekitaran semasa dan pembinaan nilai patriotisme. Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan survei untuk teknik pengumpulan data dan responden adalah dalam kalangan belia di Malaysia di mana dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata. Hasil kajian ujian korelasi dan regresi pelbagai yang dijalankan mendapati bahawa media baharu mempunyai kepentingan kepada belia untuk menyuburkan semangat patriotisme. Berdasarkan ujian korelasi, terdapat hubungan positif di antara empat faktor yang dikaji dengan penyuburan semangat patriotisme. Faktor tingkah laku responden mempunyai hubungan yang sangat positif dan signifikan dengan nilai (p<.01, r=0.82). Analisis regresi pelbagai dalam kajian ini menunjukkan empat faktor yang dikaji mempengaruhi penyuburan semangat patriotisme (p<.01, R2 = 0.734). Empat faktor dikaji menunjukkan pengaruh terhadap penyuburan semangat patriotisme sebanyak 73.4 peratus. Ini sekaligus memberi implikasi dari aspek kepentingan media baharu menerusi penyampaian maklumat kenegaraan untuk meningkatkan semangat patriotisme belia.

Item Type:Article
Keywords:Media baharu; Penyuburan; Patriotisme; Kepentingan; Belia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18715
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2022 04:21
Last Modified:31 May 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page