Pembangunan indikator kesejahteraan lelaki di Malaysia melalui perspektif komunikasi intrapersonal : analisis faktor penerokaan

Siti Zaiton Mohd Ajis, and Arina Anis Azlan, and Emma Mohamad, (2021) Pembangunan indikator kesejahteraan lelaki di Malaysia melalui perspektif komunikasi intrapersonal : analisis faktor penerokaan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 199-219. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
932kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451

Abstract

Kesejahteraan adalah konsep penting dalam kehidupan manusia kerana ia adalah keadaan emosi yang mampu mempengaruhi gaya hidup seseorang. Objektif kajian ini adalah membangunkan indikator kesejahteraan lelaki di Malaysia melalui perspektif komunikasi intrapersonal. Dalam kajian ini, penilaian kendiri dibentuk berdasarkan elemen teori konsep kendiri di mana ia merupakan sebuah bentuk komunikasi yang digunakan bagi memahami kesejahteraan responden. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran. Pendekatan kualitatif digunakan untuk membina dimensi dan penunjuk kesejahteraan berdasarkan beberapa kajian lepas, manakala pendekatan kuantitatif dilakukan untuk menentukan konstruk yang dianggap sahih untuk mengukur kesejahteraan lelaki, dan sejauh mana kebolehpercayaan konstruk tersebut. Pengumpulan data dijalankan melalui tinjauan irisan lintang atas talian menggunakan platform Survey Monkey. Seramai 290 orang responden yang terdiri daripada golongan lelaki warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan ujian EFA menunjukkan terdapat 33 item telah diklasifikasikan di bawah enam komponen utama kesejahteraan dengan mempunyai tahap keberkesanan ketekalan yang efektif dan sangat baik, di mana Alpha Cronbach bagi enam komponen ini memberikan nilai lebih daripada .70. Hasil daripada kajian ini, indikator kesejahteraan yang telah dibentuk diwakili oleh satu item penilaian kendiri yang mengukur dimensi kesejahteraan. Melalui dapatan yang diperolehi, kajian ini membuka ruang yang lebih luas tentang kajian kesejahteraan dalam konteks lelaki di Malaysia. Walau bagaimanapun, dicadangkan agar kajian ini dilanjutkan dengan kajian analisis pengesahan faktor bagi mengesahkan indikator kesejahteraan sebagai pengukur kesejahteraan dalam konteks lelaki di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan; Kesejahteraan subjektif; Komunikasi intrapersonal; Teori konsep kendiri; Penilaian kendiri
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18716
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2022 04:38
Last Modified:31 May 2022 08:47

Repository Staff Only: item control page