Analisis faktor penerokaan instrumen norma subjektif usahawan PKS terhadap penerimaan e-Dagang dalam suasana pandemik COVID-19

Haizum Ruzanna Sahar, and Maizatul Haizan Mahbob, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2021) Analisis faktor penerokaan instrumen norma subjektif usahawan PKS terhadap penerimaan e-Dagang dalam suasana pandemik COVID-19. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 237-253. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
717kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia sejak penghujung tahun lalu telah mengakibatkan penguncupan aktiviti ekonomi PKS negara. Bagi mengekalkan kelangsungan perniagaan, usahawan PKS telah disarankan untuk mengaplikasikan e-Dagang ke dalam rutin perniagaan. Sepanjang tempoh krisis tersebut berlaku, pengaruh norma subjektif dilihat sebagai elemen dominan dalam menentukan pelaksanaan tingkah laku usahawan PKS untuk menerima perubahan baharu. Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi norma subjektif usahawan PKS dalam menerima e-Dagang. Meskipun begitu, perincian konstruk norma subjektif dilihat masih lagi tidak menyeluruh memandangkan adanya keterbatasan dari segi pembinaan instrumen dan bilangan item untuk mengukur pengaruh sosial. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka kesesuaian item, menganalisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan sekaligus mengesahkan instrumen norma subjektif usahawan PKS terhadap perilaku penerimaan e-Dagang. Seramai 159 usahawan PKS dari sekitar Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai responden menerusi teknik persampelan rawak. Hasil dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) telah mendedahkan dua komponen faktor bagi norma subjektif iaitu Pengaruh Interpersonal dan Pengaruh Luaran dengan nilai 81.981 peratus daripada jumlah keseluruhan varians seperti yang telah dikonsepsikan menerusi instrumen ini. Sementara itu, bagi keputusan indeks kebolehpercayaan ketekalan instrumen juga dilihat tinggi iaitu melebihi 0.9. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada setiap analisis yang telah dilaksanakan, dapat disimpulkan di sini bahawa instrumen yang dibina ini adalah sangat memuaskan dan relevan untuk menilai norma subjektif usahawan PKS khususnya dalam menerima e-Dagang.

Item Type:Article
Keywords:Norma subjektif; Analisis faktor penerokaan; e-Dagang; COVID-19; Usahawan PKS
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18718
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2022 04:48
Last Modified:31 May 2022 08:48

Repository Staff Only: item control page