Model komunikasi kesihatan kepekaan budaya : suatu penerokaan dalam kalangan golongan muda Muslim di Malaysia

Mohd Khairie Ahmad, and Mohd Baharudin Mohd Hadza @ Othman, and Nor Hayati Mohd Jalil, and Solahuddin Ismail, (2021) Model komunikasi kesihatan kepekaan budaya : suatu penerokaan dalam kalangan golongan muda Muslim di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (4). pp. 310-325. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1451

Abstract

Isu kesihatan merupakan salah satu permasalahan yang tidak sahaja melibatkan sains, tetapi aspek intervensinya berakarkan sosio masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporannya mengakui bahawa faktor budaya memainkan peranan dalam tingkahlaku kesihatan. Aspek budaya dalam komunikasi kesihatan seringkali dikaitkan dengan elemen nilai dan budaya masyarakat. Umumnya kajian tentang perkaitan antara agama dengan tingkah laku sudah lama bertapak. Namun meninjau aspek tersebut dari sudut komunikasi kesihatan disifatkan agak baharu. Sejauh mana aspek nilai keagamaan seperti Islam mempengaruhi usaha promosi kesihatan wajar diselami seiring dengan perkembangan Islam sebagai suatu kepercayaan yang semakin pesat berkembang. Dengan pengkaedahan kumpulan berfokus, makalah ini meneroka nilai dan elemen Islam dalam promosi kesihatan terhadap lapan kumpulan pemuda Muslim di Malaysia. Temubual kumpulan berfokus terhadap lapan kumpulan dengan sejumlah 40 peserta telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik dengan sokongan perisian Nvivo. Penemuan ini pertamanya menghuraikan konsepsualisasi komunikasi kesihatan Islam. Konsep ketuhanan mempunyai pengaruh yang besar dalam mempromosikan kesihatan. Di samping itu elemen-elemen seperti rujukan keagamaan, matlamat dan peranan kehidupan dalam Islam turut menyumbang kepada pembentukan kerangka komunikasi kesihatan berlandaskan Islam. Keduanya, dapatan kajian turut menjelaskan bagaimana elemen agama tersebut menyumbang kepada perubahan tingkahlaku kesihatan. Menerusi dapatan ini, sebuah model komunikasi kesihatan Islam telah dikemukakan. Hasil kajian ini telah mengembangkan pemahaman empirik tentang kepekaan budaya dalam amalan komunikasi kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Promosi kesihatan; Pendidikan kesihatan; Komunikasi berasaskan agama; Kepekaan budaya; Komunikasi Islam
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:18722
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 May 2022 06:59
Last Modified:31 May 2022 08:52

Repository Staff Only: item control page