Kamarulzaman Mat, and Norbahiah Misran, and Mohammad Tariqul Islam, and Mohd Fais Mansor, (2021) Sorotan perkembangan rekabentuk antena jalur mikro ekadenyut. Jurnal Kejuruteraan, 33 (3). pp. 403-412. ISSN 0128-0198
|
PDF
840kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-333-2021/
Abstract
Sistem radar ekadenyut berfungsi untuk mengesan objek sasaran dengan menggunakan isyarat Jumlah dan Perbezaan daripada isyarat pantulan. Penggunaan antena jenis parabola dalam sistem radar konvensional mempunyai kelemahan dari segi ruang, jisim dan kos pembuatan. Oleh itu, antena jalur mikro telah dicadangkan kerana ia berprofil rata, ringan dan lebih murah untuk difabrikasi. Pelbagai peranti diguna untuk menghasilkan isyarat jumlah dan perbezaan yang penting seperti persimpangan hibrid, pengganding berarah, pembanding dan lain-lain kaedah berkaitan dikaji dalam kertas ini. Ini kerana setiap peranti mempunyai kelebihan dan kekangan tersendiri. Antena jalur mikro ekadenyut juga boleh direkabentuk pada lapisan tunggal dan berbilang. Struktur antena berlapisan tunggal bersaiz lebih kecil dan berkos rendah. Walaupun begitu, kekurangannya adalah ia mempunyai lebar jalur yang rendah. Sebaliknya, struktur berbilang lapisan pula mempunyai lebar jalur yang tinggi berbanding lapisan tunggal. Namun, pada masa yang sama ia bersaiz lebih tebal, sukar untuk diintegrasi serta memerlukan kos pembuatan yang lebih mahal. Didapati gabungan antara rekabentuk antena berstruktur berlapisan tunggal dengan pengganding hibrid berpotensi memberi kelebihan dari segi keringkasan, ruang dan kos.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antena ekadenyut; Jalur mikro; Isyarat jumlah; Rangkaian pembanding |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 18750 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jun 2022 03:39 |
Last Modified: | 10 Jun 2022 00:43 |
Repository Staff Only: item control page