Perbandingan kecekapan penjerapan karbon teraktif daripada pelbagai herba

J. Jaga Sahsiny, and Marissa Widya Baba Haizal, and Nur Ain Nadhirah Mohd Razali, and Thuushren Ragunathan, and Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, and Darman Nordin, and Jarinah Mohd Ali, (2021) Perbandingan kecekapan penjerapan karbon teraktif daripada pelbagai herba. Jurnal Kejuruteraan, 33 (3). pp. 593-621. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
939kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-333-2021/

Abstract

Penghasilan karbon teraktif daripada herba telah mendapat perhatian dan minat ramai penyelidik. Hal ini demikian kerana tumbuhan herba mempunyai prestasi yang baik dalam proses penyingkiran dan pemulihan logam berat. Tambahan pula, kosnya yang rendah dan ketersediaannya dengan kuantiti yang banyak menarik minat para penyelidik untuk menghasilkan karbon teraktif daripada herba. Herba adalah alternatif yang lebih murah, berkesan daripada karbon aktif komersial (AC) untuk penyingkiran logam berat dan pewarna tekstil berasaskan air. Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang digunakan dalam ujikaji ini. Antaranya termasuklah daum neem, daun kari, daun moringga dan daun tulasi. Selain itu, bahan penjerap lain yang juga boleh digunakan termasuk sekam padi; sekam kelapa; sisa kulit nangka dan sebagainya. Kaedah yang sering digunakan bagi menghasilkan karbon teraktif daripada herba ialah proses pengaktifan yang terdiri daripada pengaktifan fizikal dan kimia. Kaedah-kaedah ini boleh memberi kesan yang positif mahupun negatif terhadap ciri-ciri dan sifat kimia atau fizikal karbon teraktif yang diperbuat daripada herba. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kapasiti penjerapan dan kecekapan penjerapan diperhatikan daripada kajian kepustaakaan dan dibandingkan dengan keputusan ujikaji. Selain itu, beberapa hasil dari kajian terkini berkenaan karbon teraktif yang disediakan dari pelbagai jenis herba dan kaedah pengaktifan yang berkaitan dengan karbon teraktif daripada herba turut dibincangkan. Evolusi penjerapan telah berubah dari pendekatan alternatif kepada teknik yang betul dan mempunyai banyak kelebihan. Prestasi penjerapan juga lebih memuaskan dari segi kapasiti penjerapan dan menyelesaikan masalah pencemaran air sisa dengan cara yang lebih menjimatkan. Justeru dapat mengatasi sebahagian daripada masalah sisa pepejal di seluruh dunia.

Item Type:Article
Keywords:Herba; Karbon teraktif; Logam berat; Pengaktifan fizikal; Pengaktifan kimia
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:18766
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jun 2022 08:35
Last Modified:10 Jun 2022 01:11

Repository Staff Only: item control page