Pembangunan modal insan : kajian kes Program Tunas Niaga Terengganu

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, and Nor Hayati Sa’at, and Ibrahim Mamat, (2022) Pembangunan modal insan : kajian kes Program Tunas Niaga Terengganu. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 17-30. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Program Tunas Niaga ialah satu program pembangunan modal insan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar sekolah menengah mengenai kepentingan keusahawanan dalam ekonomi negara. Programini bukan sahaja boleh memberi pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar, malah membantu mereka membuat peralihan kerjaya selepas menamatkan program dan pengajian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Tunas Niaga. Kajian ini memilihkaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kemahiran keusahawanan pelajar. Di samping itu, kaedah temu bual tidak berstruktur pula digunakan untuk mengetahui masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti Program Tunas Niaga dan kaedah penyelesaiannya. Seramai 379 orang pelajar yang menjadi peserta Program Tunas Niaga di negeri Terengganu terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar menyatakan mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran keusahawanan setelah mengikuti Program Tunas Niaga.Keputusan ujian Post Hoc ANOVA Tukey pula mendapati wujud perbezaan pengetahuan keusahawanan antara peserta Program Tunas Niaga yang mempunyai bapa bekerja dengan kerajaan dan swasta.Selain itu, kajian inimendapati wujud beberapa buah sekolah menengahyang masih tidak aktif menjalankan Program Tunas Niaga dan ada peserta gagal menghadiri program ini kerana sibuk membuat tugasan lain.Masalah ini tidak dapat membantu menyuburkan potensi dan bakat pelajar sekolah kerana menyulitkan mereka untuk terlibat dalam aktiviti Program Tunas Niaga. Diharapkan kajian ini mampu merangsang pihak pengelola Program Tunas Niaga dan pengeraknya agar dapat memainkan peranan lebih aktif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti keusahawanan sekolah supaya pelajar mampu melakukan kerja sehingga menghasilkan nilai ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Modal insan; Program Tunas Niaga; Pelajar sekolah menengah; Pendidikan keusahawanan; Kerjaya keusahawanan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18832
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 03:41
Last Modified:28 Jun 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page