Kepelbagaian sektor dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak di Sekolah Tunas Bakti (STB) Marang, Terengganu

Siti Hajar Abdul Rauf, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Haris Abd Wahab, (2022) Kepelbagaian sektor dalam jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak di Sekolah Tunas Bakti (STB) Marang, Terengganu. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 31-43. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Jaringan sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam penyampaian perkhidmatan kebajikan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup kanak-kanak yang ditempatkan dalam institusi kebajikan. Satu kajian telah dilakukan untuk mengeksplorasi sektor-sektor yang terlibat dalam pelaksanaan amalan jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak yang ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti (STB) Marang, Terengganu. Kajian dilakukan menggunakan reka bentuk kualitatif tradisi Penjanaan Teori untuk mendapatkan data kajian. Satu set protokol temu bual telah dibina sebagai panduan untuk melaksanakan temu bual secara bersemuka dan mendalam terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada 24 agensi berlainan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lebih kurang 50 buah agensi yang terlibat dalam penyediaan, pembekalan dan penyampaian keperluan makanan dan minuman; 37 buah agensi yang terlibat dalam penyediaan, pembekalan dan penyampaian keperluan insurans, tempat tinggal, pakaian dan keperluan-kepeluan lain; serta 10 pihak yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan kanak-kanak di STB Marang. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat melipatgandakan usaha membentuk jaringan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak secara bersepadu dengan pelbagai pihak termasuklah sektor formal, sektor tidak formal, sektor voluntari, sektor swasta dan individu perseorangan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup kakak-kanak; khususnya kanak-kanak dalam jagaan institusi.

Item Type:Article
Keywords:Jaringan sosial; Jaringan kebajikan; Kanak-kanak; Penyampaian perkhidmatan; Agensi sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18833
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 03:47
Last Modified:28 Jun 2022 00:35

Repository Staff Only: item control page