Tahap penggunaan multimedia bagi PdPc kemahiran membaca dalam kalangan guru pemulihan khas

Mufidah Dhamirah Mihat, (2022) Tahap penggunaan multimedia bagi PdPc kemahiran membaca dalam kalangan guru pemulihan khas. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 45-57. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
345kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Penggunaan multimedia interaktif membantu menyediakan bahan pembelajaran dengan paparan yang lebih menarik dan bermaklumat, memudahkan dan meningkatkan minat murid untuk belajar. Pemulihan Khas tidak terkecuali mengikuti perubahan seiring perkembangan penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan di Malaysia. Kajian ini meninjau tahap penggunaan multimedia bagi pembelajaran dan pemudahcaraan kemahiran membaca dalam kalangan guru pemulihan khas. Satu set soal selidik berskala likert telah diedarkan kepada 120 guru pemulihan khas sekitar negeri Selangor. Kajian ini menggunakan persampelan rawak bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan multimedia peserta kajian adalah pada tahap tinggi dengan jumlah purata (min=0.747, SD=4.982). Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap penggunaan multimedia dengan jantina guru (P = 0.508> 0.05, SD = 0.664). Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan pengalaman mengajar dengan tahap penggunaan multimedia terhadap pemulihan khas (P = 0.000< 0.05, SD = 16.522). Hasil analisis korelasi, pengkaji mendapati wujud hubungan signifikan antara pengaruh multimedia dengan; (1) pengetahuan (r=0.672, p=0.000), (2) kemahiran (r=0.446, p=0.000), (3) sikap (r=0.750, p=0.000), dan (4) kekangan (r=0.355, p=0.000). Analisis korelasi juga menunjukkan wujud hubungan signifikan antara pengetahuan dengan; (1) kemahiran (r=0.556, p=0.000), (2) sikap (r=0.698, p=0.000), dan (3) kekangan (r=-0.441, p=0.000). Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan antara kemahiran dengan, (1) sikap (r=0.529, p=0.000) dan (2) kekangan (r=-0.570, p=0.000). Hasil penelitian juga mendapati wujud hubungan antara sikap dengan kekangan (r=-0.559, p=0.000). Kesimpulannya, tahap penggunaan multimedia dalam kalangan guru pemulihan khas berada pada tahap yang baik. Implikasi dari kajian ini membolehkan tindakan lebih proaktif dapat dimainkan oleh pihak berwajib bagi membudayakan penggunaan multimedia dalam kalangan guru pemulihan khas dengan menganjurkan kursus pemantapan kemahiran multimedia dan menekankan pembelajaran berasaskan multimedia.

Item Type:Article
Keywords:Multimedia; Guru pemulihan khas; Kemahiran membaca; Tahap penggunaan multimedia; Pendidikan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18834
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 04:00
Last Modified:28 Jun 2022 00:36

Repository Staff Only: item control page