Pembinaan indikator perumahan bagi mengukur kesejahteraan penduduk dengan menggunakan kaedah analisis faktor

Yazid Saleh, and Hanifah Mahat, and Mohmadisa Hashim, and Nasir Nayan, and Mohamad Khairul Anuar Ghazali, (2022) Pembinaan indikator perumahan bagi mengukur kesejahteraan penduduk dengan menggunakan kaedah analisis faktor. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 59-71. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
624kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Pembentukan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan rohani adalah bermula daripada tempat tinggal. Disebabkan itu, persekitaran perumahan yang inklusif dan selamat merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap negara untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat terjamin. Sebuah indikator yang meliputi semua aspek dalam pembangunan perumahan inklusif dan selamat perlu dirangka dan dibentuk untuk digunakan sebagai alat pengukuran bagi memastikan tahap kesejahteraan hidup penduduk semakin baik di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membina indikator perumahan bagi tujuan mengukur kesejahteraan hidup penduduk di kawasan pinggiran Lembah Klang-Langat.Sejumlah 1000 ketua isi rumah yang tinggal di 15 buah kawasan pinggiran Lembah Klang-Langat telah dipilih sebagai responden secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis faktor yang merangkumi analisis faktor penerokaan (EFA), analisis faktor pengesahan (CFA) dan pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan hanya tiga sub indikatoriaitu (i) kemudahan, (ii) pemilihan kawasan dan (iii) keselamatan daripada indikator perumahan dengan sembilan item yang mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu CR melebihi 0.7. Penemuan ini menunjukkan bahawa indikator yang dibina memenuhi kriteria pengukuran bagi mengukur kesejahteraan penduduk bagi kawasan pinggiran. Oleh yang demikian, indikator yang telah ditentusahkan ini boleh digunapakai bagi mengukur kesejahteraan penduduk dalam konteks perumahan di kawasan-kawasan pinggiran metropolitan yang lain di Malaysia.Selain memberikan implikasi terhadap persekitaran perumahan di Malaysia, penemuan dalam kajian ini juga boleh digunakan oleh negara-negara serantau yang mempunyai corak hidup masyarakat dan persekitaran geografi yang sama dengan Malaysia sebagai kayu ukur membina persekitaran perumahan yang sejahtera.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan hidup; Perumahan; Pinggir bandar; Lembah Klang Langat; Analisis faktor
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18835
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 04:19
Last Modified:28 Jun 2022 00:37

Repository Staff Only: item control page