Aliran perkembangan dan perubahan corak keganasan

Mohamad Rizal Abd Rahman, and Shahrul Mizan Ismail, and Pushpamalar Govindaraju, (2022) Aliran perkembangan dan perubahan corak keganasan. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 87-100. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
434kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Keganasan atau terrorisme merupakan satu masalah antarabangsa dan tidak semestinya bersifat tempatan. Perkara ini dapat disaksikan melalui serangan-serangan pengganas yang sering berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan pelbagai metod atau strategi baru berikutan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi. Bagaimanakah dunia mampu menghadapi dan menangani serangan pengganas yang makin canggih dan mencabar ini? Salah satu caranya adalah dengan meneliti asal usul keganasan dan perkembangannya sehingga kontemporari. Kajian ini terlebih dahulu mencadangkan lima ciri-ciri penting dalam mentafsirkan keganasan. Corak keganasan pula dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan intimidasi dan intimidasi ke atas kerajaan. Kelima-lima ciri keganasan digunakan untuk menganalisis modus operandi keganasan bagi mengenal pasti perubahan corak keganasan mengikut zaman. Perbandingan antara ciri-ciri keganasan yang bercorak intimidasi ke atas kerajaan semasa Keganasan Lama dan Keganasan Baru dibuat bagi mengenalpasti perbezaan yang wujud dari segi intipatinya. Kajian ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian mendapati corak keganasan berubah mengikut zaman tetapi bersifat berulang. Manakala, kelima-lima ciri keganasan adalah sama sepanjang masa tetapi intipatinya berbeza mengikut kemajuan sains dan teknologi sehingga kemunculan Keganasan Baru. Dapatan ini adalah penting bagi membolehkan sesebuah negara dan juga pertubuhan antarabangsa untuk mengemaskinikan dasar-dasar dan langkah-langkah yang sedia ada mengikut kesesuaian corak keganasan masa kini. Kajian lanjut diperlukan dalam bidang ini bagi mengenal pasti dasar-dasar dan langkah-langkah pembanterasan keganasan yang sesuai dan lebih efektif di peringkat domestik dan juga antarabangsa yang sejajar dengan era globalisasi.

Item Type:Article
Keywords:Definisi; Kumpulan pengganas; Tindakan ganas; Perbezaan; Internet
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18837
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 04:32
Last Modified:28 Jun 2022 00:39

Repository Staff Only: item control page