Fenomena pengglotisan dalam bahasa Bugis di Malaysia

Muhammad Zawawie Mohd Noor, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2022) Fenomena pengglotisan dalam bahasa Bugis di Malaysia. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 113-126. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Kajian ini membincangkan fenomena pengglotisan dalam bahasa minoriti Bugis di Malaysia. Dalam huraian kajian lepas menyatakan kehadiran hentian glotis dalam leksikal bahasa Bugis hanya terhad di posisi akhir kata sahaja. Huraian ini walau bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada benarkah hentian glotis hanya hadir di akhir kata sahaja dalam bahasa ini. Justeru, kajian inidilakukan untuk mengesahkan posisi kehadiran hentian glotis dalam bahasa Bugis dengan mengenal pasti kehadirannya dalam leksikal serta menghuraikan ciri akustik kehadiran hentian glotis di posisi kata yang telah dikenal pasti. Data kajian diperolehi daripada lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, rakaman dan pemerhatian. Seramai 100 informan yang merupakan penutur asli Bugis di beberapa buah kampung Bugis yang terletak di Pontian dan Pasir Gudang, Johor telah ditemu bual. Analisis spektografik menggunakan Praat dibuat untuk mengesahkan kehadiran hentian glotis dalam leksikal yang diperolehi.Hasil analisis spektografik yang dilakukan menunjukkan bahawa hentian glotis hadir di empat posisi dalam kata, iaitu awal, tengah dan akhir kata serta di sempadan awalan seperti [ʔika], [buʔkãŋ], [bẽmbeʔ] dan [mãʔ-keda]. Kehadiran hentian glotis di semua posisi kata menunjukkan proses fonologi yang berbeza. Hasil kajian mendedahkan fenomena sebenar pengglotisan dalam bahasa Bugis yang belum diterokai sebelum ini. Justeru, kajian ini telah memberi pengetahuan dan sudut pandangan yang baru mengenai penyebaran hentian glotis dalam leksikal bahasa Bugis.Kajian ini membuka ruang kepada para pengkaji menggali dan mengupas lebih banyak lagi fenomena linguistik yang terdapat dalam bahasa Bugis, di samping menyumbang kepada usaha pemeliharaan bahasa ini agar tidak terus ditelenggami oleh arus pemodenan dan dapat terus diamalkan oleh generasi muda pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Hentian glotis; Bahasa Bugis; Analisis spektografik; Fonetik; Fonologi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18839
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 06:19
Last Modified:28 Jun 2022 01:00

Repository Staff Only: item control page