Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu

Hieda, Natsue and Nor Hashimah Jalaluddin, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2022) Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 151-164. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Penolakan ajakan adalah salah satu lakuan bahasa yang penting kerana ia memerlukan penjagaan air muka lawan tutur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu dengan membuat perbandingan antara dua tindakan yang berbeza, iaitu ajakan untuk “membeli-belah” dengan “mengadakan parti”. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah lakonan terbuka menerusi aplikasi WhatsApp dengan melibatkan 20 orang informan Melayu. Data wacana dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dari tiga perspektif, iaitu kekerapan penggunaan formula semantik, purata penggunaan formula semantik per kapita dan purata penggunaan emoji. Strategi yang digunakan oleh informan dibincangkan berdasarkan teori kesantunan yang diutarakan oleh Brown dan Levinson. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya informan lebih cenderung untuk mementingkan kesantunan positif bagi kedua-dua tindakan. Terdapat dua jenis formula semantik yang menunjukkan perbezaan signifikan antara dua tindakan tersebut. Formula semantik {cadangan} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “membeli-belah”, manakala {kata seru positif} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Pernyataan {sebab tambahan} juga cenderung untuk lebih banyak digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti”. Namun begitu, tiada perbezaan signifikan dari sudut purata penggunaan formula semantik per kapita. Emoji wajah [emosi positif] juga lebih banyak ditemui bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Kajian ini telah menonjolkan bahawa informan Melayu memperkuatkan penggunaan strategi kesantunan positif bagi tindakan yang bersifat lebih istimewa, bukan melaraskan strategi kesantunan negatif.

Item Type:Article
Keywords:Penolakan ajakan; WhatsApp; Formula semantik; Emoji; Teori kesantunan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18842
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 07:05
Last Modified:28 Jun 2022 01:03

Repository Staff Only: item control page