Penyampaian terapi masalah kesihatan mental secara digital : jenis dan keberkesanannya

Teh Faradilla Abdul Rahman, and Norshita Mat Nayan, (2022) Penyampaian terapi masalah kesihatan mental secara digital : jenis dan keberkesanannya. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 165-178. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Isu dan maklumat mengenai masalah kesihatan mental kerap dibincangkan menerusi saluran media. Namun, kesedaran masyarakat terhadap masalah kesihatan mental masih lagi rendah. Tambahan lagi, sesetengah individu yang mengalami masalah kesihatan mental enggan tampil menerima rawatan. Bagi mengatasi masalah ini, agensi-agensi kesihatan awam professional di seluruh dunia telah mewujudkan terapi masalah kesihatan mental secara digital. Terapi masalah kesihatan mental secara digital telah memberikan focus terhadap penyampaia rawatan pemulihan psikologi dan kesihatan fizikal. Walaupun secara ke seluruhannya, kaedah terapis ecara digital telah dibuktikanberkesandalammemperbaikitahapkesihatan mental seseorang, namunjenis platform digital yang sesuai digunakan untuk menyampaikan terapi bagi sesuatu jenis masalah kesihatan mental masih belum diteliti. Oleh itu artikel ini memberi tumpuan terhadap jenis platform digital yang digunakan dalam terapi masalah kesihatan mental dan keberkesanannya ke atas pelbagai aspek kesihatan serta pemulihan. Dalam hal ini, analisa kandungan ke atas kajian-kajian lepas berkenaan dengan jenis platform digital dan keberkesanannya diberi penelitian. Hasil analisa kandungan dari tinjauan kajian lepas menunjukkan sistem pesanan ringkas (SMS) adalah yang paling banyak digunakan sebagai platform untuk menyampai terapi masalah kesihatan mental diikuti aplikasi telefon pintar, laman sesawang dan ruang perbualan dalam talian. Secara keseluruhan, dapatan dari tinjauan kajian lepas membuktikan terdapat perubahan positif terhadap emosi, pemikiran dan tingkah laku. Dengan ini menunjukkan bahawa terapi masalah kesihatan mental secara dalam talian amat berpotensi untuk dilaksanakan terutamanya bagi individu yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan secara bersemuka atau semasa situasi setempat berada pada tahap kritikal seperti situasi pandemik COVID19 yang membataskan pergerakan seluruh populasi.

Item Type:Article
Keywords:Terapi digital; Terapi mobil; Kesihatan mental; Pesanan teks; Psikoterapi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18843
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 07:09
Last Modified:28 Jun 2022 01:04

Repository Staff Only: item control page