Implikasi pandemik COVID-19 terhadap penjanaan sisa pepejal semasa perintah kawalan pergerakan di Semenanjung Malaysia

Saraswathy Kasavan, and Nurul Izzati Mohd Ali, and Sharif Shofirun Sharif Ali, and Sumiani Yusoff, and Rusinah Siron, (2022) Implikasi pandemik COVID-19 terhadap penjanaan sisa pepejal semasa perintah kawalan pergerakan di Semenanjung Malaysia. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 179-194. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
737kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464

Abstract

Perintah kawalan pergerakan (PKP) telah memberikan implikasi yang positif terhadap alam sekitar seperti meningkat kualiti air sungai dan udara. Walau bagaimanapun, hal ini tidak sama berlaku dalam konteks penghasilan sisa pepejal terutamanya sisa makanan, plastik dan sisa klinikal. Kajian ini telah meneliti jurang kajian dengan menjalankan kajian mengenai implikasi pandemik COVID-19 terhadap penjanaan sisa pepejal semasa PKP dan tumpuan juga diberikan sepanjang bulan Ramadan 2020 di Malaysia. Kajian ini menggunakan data sekunder (sumber dokumen) berkaitan penjanaan sisa pepejal yang diperoleh daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan data kes COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Data yang jumlah penjanaan sisa tersebut berkumpul bermula dari 1 Januari sehingga 4 Jun di tapak pelupusan yang masih beroperasi bagi 8 buah negeri. Mengikut data SWCorp, trend penurunan sisa pepejal sepanjang PKP adalah rendah (purata 6,601,72 tan metrik/sehari) berbanding sebelum PKP (purata 7,566.05 tan metrik/sehari) dan sepanjang bulan Ramadan (purata 6,745.19 tan metrik/sehari). Trend penurunan sisa pepejal dari sektor industri berkurangan secara drastik namun, penghasilan sisa pepejal domestik dalam kalangan isi rumah tetap meningkat dalam kadar sederhana. Hasil kajian ini mampu memainkan peranan penting sebagai garis panduan kepada pihak kepentingan untuk mengambil strategi yang relevan ke arah mengurangkan penjanaan sisa pepejal semasa dan selepas pandemik COVID-19.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Sisa makanan; Sisa pepejal; Perintah kawalan pergerakan; Pengurusan sisa pepejal
Journal:AKADEMIKA
ID Code:18844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jun 2022 07:14
Last Modified:28 Jun 2022 01:05

Repository Staff Only: item control page