Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri – kepentingan lepas dan cabaran masa hadapan = State Government link companies – past performance and future challenges

Suraiya Ishak, (2011) Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri – kepentingan lepas dan cabaran masa hadapan = State Government link companies – past performance and future challenges. AKADEMIKA, 81 (1). pp. 51-62. ISSN 0126-5008

[img] PDF
78kB

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik-cont...

Abstract

Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu, penglibatan kerajaan dalam syarikat korporat merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat pembangunan negara dan rakyat. Selain Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri turut melabur dalam syarikat-syarikat korporat dengan melibatkan jumlah pelaburan yang besar dan memberi impak terhadap pembangunan sosioekonomi peringkat negeri. Bermula Mei 2004, usaha reformasi prestasi syarikat berkaitan kerajaan (SBK) dilakukan bagi memperbaiki prestasi SBK. Walau bagaimanapun, program reformasi nasional tersebut hanya terbatas kepada 15 buah SBK pusat yang dipegang melalui lima (5) induk pelaburan utama Kerajaan Pusat. Sehubungan itu, artikel ini meneliti peranan syarikat berkaitan kerajaan negeri (SBKN) pada masa lalu dan menelah kerelevanan entiti SBKN dalam konteks pembangunan semasa Malaysia. Kepentingan kajian ini ialah dari segi menjustifikasi saranan perlunya inisiatif penambahbaikan prestasi SBKN seperti yang berlaku pada SBK Kerajaan Pusat. Tempoh masa yang dirujuk sebagai masa lalu ialah meliputi tempoh awal penubuhan badan induk pelaburan negeri pada sekitar tahun-tahun 1960-an sehingga tahun 2003. Manakala tempoh kini dan akan datang merujuk kepada tahun bermulanya program reformasi prestasi SBK pusat yang rasmi, iaitu tahun 2004 sehingga tahun 2007. Penelitian ini mendapati entiti SBKN masih relevan dalam konteks pembangunan semasa Malaysia dan memerlukan langkah pembaikan seperti yang berlaku dalam entiti SBK Kerajaan Pusat. Namun begitu, pemerkasaan prestasi SBKN perlu dimulai dengan mengiktiraf kekeliruan identiti yang disebut sebagai Organisasi Dua Wajah dan mencari jalan mengatasi masalah tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Syarikat berkaitan kerajaan; Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ; Perusahaan awam ;prestasi; Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Journal:AKADEMIKA
ID Code:1885
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jun 2011 04:00
Last Modified:11 Aug 2011 06:55

Repository Staff Only: item control page