Dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda

Nik Hasrul Mohd Zainudin, and Muhammad Idris Bullare @ Bahari, (2021) Dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (7(SI)). pp. 54-65. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
199kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420

Abstract

Corak kepimpinan pemimpin persatuan belia dilihat masih di takuk lama. Sebilangan besar pemimpin belia masih bergantung terhadap bantuan pihak atasan dalam menjayakan program-program belia. Hal ini memberi gambaran terhadap kegagalan pemimpin belia untuk berdikari. Tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan oleh pihak Felda bagaikan belum berkesan dalam membentuk pemimpin belia yang mampu berdikari. Fenomena kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia ini amat membimbangkan kerana boleh merencatkan kemajuan Felda. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka dimensi, faktor dan strategi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia Felda. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen berkaitan sebagai kaedah pengumpulan data. Seorang informan kajian telah dipilih dalam kajian ini yang merupakan seorang pemimpin belia di Wilayah Johor yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda. Kajian ini mendapati terdapat dua tema berkaitan dimensi kebergantungan iaitu kebergantungan sumber kewangan dan kebergantungan jaringan peluang pekerjaan. Manakala kajian ini mendapati terdapat dua faktor penyebab berlakunya kebergantungan pemimpin belia Felda iaitu budaya dan pendekatan sistemik. Sementara itu, terdapat dua strategi bagi mengatasi kebergantungan kepada Felda iaitu membina hubungan dengan pihak luar dan menjalankan program ekonomi. Hasil kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada pihak Felda dalam mencari pendekatan terbaik membangunkan generasi pemimpin belia yang mampu berdikari dalam mentadbir persatuan belia mereka. Hal ini amat penting demi memastikan Felda khasnya dan negara amnya tidak ketandusan pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kebergantungan; Pemimpin belia; Felda; Strategi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18902
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 01:38
Last Modified:05 Jul 2022 08:12

Repository Staff Only: item control page