Faktor penggalak amalan pertanian bandar dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang

Nurazielah Thanin, and Azimah Abd Rahman, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, (2021) Faktor penggalak amalan pertanian bandar dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (7(SI)). pp. 99-115. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420

Abstract

Pertanian bandar merujuk kepada aktiviti menghasilkan sumber makanan sendiri menggunakan ruang sekitar kediaman di kawasan bandar pada skala yang kecil. Walaupun terdapat pelbagai manfaat dari amalan ini, aktiviti ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat bandar kerana mereka menjadikan kesibukan urusan harian sebagai alasan utama. Oleh itu, kajian yang berkaitan amalan pertanian bandar dalam kalangan masyarakat bandar ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi amalan ini dan persepsi masyarakat bandar terhadap amalan pertanian ini. Pendekatan kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini melibatkan edaran borang soal selidik yang disasarkan kepada 200 orang responden yang dipilih dalam kalangan mereka yang mengamalkan pertanian bandar. Temubual juga dilakukan bersama responden bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan aktiviti pertanian bandar yang dilaksanakan. Hasil analisis melalui kajian ini mendapati bahawa amalan pertanian bandar oleh masyarakat di Pulau Pinang banyak didorong oleh faktor hobi untuk mengisi masa lapang dengan jumlah min yang diperolehi 4.90 dengan sisihan piawai 0.317. Sementara itu, faktor penggalak terhadap pertanian bandar yang paling kurang mempengaruhi ialah faktor membantu menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat dengan mengeratkan lagi hubungan kejiranan, yang mencatat jumlah min 4.39 (SP= 0.686). Analisis terhadap persepsi masyarakat terhadap amalan pertanian bandar mendapati bahawa majoriti masyarakat Pulau Pinang bersetuju bahawa aktiviti pertanian bandar dapat membantu memenuhi keperluan makanan harian dan meringankan jumlah perbelanjaan dapur dengan jumlah kadar peratusan 95% dan 91%, masing-masing. Selain itu, masyarakat juga berpendapat bahawa galakan dan sokongan dari kerajaan negeri khususnya dari segi kewangan, maklumat dan keperluan bertani seperti baja, benih, khidmat nasihat dan lainnya diperlukan bagi menggalakkan amalan pertanian bandar, di samping meningkatkan kesedaran dan semangat masyarakat untuk melaksanakan amalan pertanian ini.

Item Type:Article
Keywords:Pertanian bandar; Masyarakat bandar; Faktor penggalak; Persepsi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18905
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 03:12
Last Modified:05 Jul 2022 08:25

Repository Staff Only: item control page