Pilihan Raya Kecil Slim 2020 di Perak, Malaysia : prestasi Perikatan Nasional

Nur Adilah Shahirah Shafie, and Ariff Aizuddin Azlan, and Mazlan Che Soh, (2021) Pilihan Raya Kecil Slim 2020 di Perak, Malaysia : prestasi Perikatan Nasional. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (7(SI)). pp. 222-242. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420

Abstract

Artikel ini bertujuan membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim di peringkat negeri Perak yang diadakan pada 29 Ogos 2020. PRK Slim menyaksikan pergelutan kerusi DUN tiga penjuru antara gabungan parti kerajaan, Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) serta sebuah blok bebas. Dalam PRK ini, calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili PN telah memenangi dan mengekalkan kerusi tradisi DUN Slim dengan mengalahkan parti PEJUANG, sebuah parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri ketujuh Malaysia, Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, artikel ini menjelaskan secara terperinci akan fenomena politik yang berlaku di dalam PRK DUN Slim, Perak, merangkumi prestasi gabungan parti PN yang terbentuk pada awal Mac 2020 berikutan tercetusnya “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah mentadbir negara selama 22 bulan. Selain itu, artikel ini juga menerangkan isu serta strategi parti-parti bertanding, termasuk faktor-faktor yang menjadi pemangkin ke atas kemenangan PN di Slim dan di antaranya adalah seperti kredibiliti calon, penglibatan serta sokongan parti gabungan, isu integriti, strategi kempen serta faktor politik perkauman. Artikel ini memberikan gambaran akan perubahan landskap politik negara yang telah memberikan satu perspektif baharu terhadap struktur keutuhan sistem politik di Malaysia setelah dilanda arus globalisasi, sekaligus merancakkan lagi perkembangan alur ilmu politik, percambahan pandangan serta buah fikiran terhadap dinamik politik negara.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Kecil; Slim; Barisan Nasional; Perikatan Nasional; Parti Pejuang Tanah Air
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18912
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 04:08
Last Modified:05 Jul 2022 08:32

Repository Staff Only: item control page