Selektor yang mempengaruhi sistem panggilan kekeluargaan masyarakat Telugu

Prithini Deepa Kaliappan, and Mohammad Fadzeli Jaafar, and Harishon Radzi, (2021) Selektor yang mempengaruhi sistem panggilan kekeluargaan masyarakat Telugu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (7(SI)). pp. 243-258. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
273kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420

Abstract

Sistem panggilan kekeluargaan masyarakat Telugu berkait rapat dengan selektor yang turut dipengaruhi oleh budaya masyarakat itu. Selektor boleh didefinisikan sebagai agen yang mempengaruhi penggunaan bentuk panggilan kekeluargaan. Dengan itu, pengkaji meneroka selektor masyarakat Telugu yang turut mempengaruhi pemilihan bentuk panggilan kekeluargaan di kawasan Bagan Datuk, Perak. Kaedah temu bual separa berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta dijalankan ke atas 18 orang informan Telugu yang terdiri daripada dua kategori umur yang berbeza, iaitu 18 hingga 24 tahun dan 40 hingga 60 tahun. Informan tersebut adalah daripada tiga tahap kasta iaitu kasta atasan, kasta pertengahan dan kasta bawahan. Setiap tahap kasta diwakili oleh enam orang informan iaitu tiga orang dewasa tua dan tiga orang dewasa muda. Setiap selektor dihuraikan mengikut peraturan dalam teori Ervin Tripp (1986). Peraturan Alternasi (Alternation Rules) ialah peraturan yang mengetengahkan bagaimana pemilihan bentuk panggilan dilakukan, Peraturan Kemunculan Bersama (Co-Occurance Rules) pula ialah bentuk panggilan yang dipilih berdasarkan konteks komunikasi. Manakala Peraturan Urutan (Sequencing Rules) ialah aturan yang ditetapkan mengikut urutan. Hasil kajian menunjukkan sistem panggilan kekeluargaan masyarakat Telugu dipengaruhi oleh selektor kasta, umur, keakraban hubungan, jantina dan hubungan kekerabatan. Selektor yang dominan ialah selektor jantina yang mana semua informan mengiyakan pengaruh selektor tersebut dan pemilihan bentuk panggilan yang kurang sesuai membayangkan kekurangan asuhan daripada keluarga. Maka, kajian seperti ini penting dalam memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan sistem panggilan kekeluargaan kerana ia melambangkan identiti masyarakat Telugu.

Item Type:Article
Keywords:Selektor; Sistem panggilan; Bentuk panggilan; Masyarakat Telugu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18913
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 04:26
Last Modified:05 Jul 2022 08:33

Repository Staff Only: item control page