Skala amalan integriti penyertaan politik : kesahan dan psikometrik

Mohd Sufiean Hassan, and Siti Nurshahidah Sah Allam, and Abd. Aziz A’zmi, and Rizky Hafiz Chaniago, (2021) Skala amalan integriti penyertaan politik : kesahan dan psikometrik. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (7(SI)). pp. 259-281. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
609kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1420

Abstract

Integriti penyertaan politik merupakan amalan yang sepatutnya wujud dalam persekitaran demokrasi seperti Malaysia. Kajian empirikal integriti penyertaan politik kurang diberi perhatian pengkaji sains sosial dan kemanusiaan. Justeru itu, kajian ini fokus menilai skala psikometrik integriti penyertaan politik golongan muda. Bagi menguji nilai integriti, skala integriti penyertaan politik yang diadaptasi diuji ke atas 388 mahasiswa negeri Melaka dari empat Institusi Pengajian Tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Universiti Multimedia, (MMU) Melaka dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) secara persampelan rawak mudah. Instrumen Skala Integriti Penyertaan Politik dibentuk daripada gabungan Skala Penggunaan Media Sosial dan Penyertaan Politik Dalam Talian dan Skala Integriti untuk menguji nilai integriti golongan muda melalui Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan pembentukan Model CFA Skala Integriti Penyertaan Politik. Dapatan menunjukkan model multi-dimensi skala integriti penyertaan politik telah mencapai ketepatan padanan yang baik dan mencapai kesahan konvergen berdasarkan hubungan yang signifikan pemboleh ubah. Skala ini turut mencapai kesahan diskriminan dan kesahan prediktif yang menyokong ciri-ciri psikometrik versi Bahasa Melayu. Kajian ini secara langsung menyumbang kepada pembentukan Skala integriti penyertaan politik yang kurang diberi perhatian oleh penyelidik sebelumnya.

Item Type:Article
Keywords:Integriti; Penyertaan politik; Mahir media; Sumber sahih; Penciptaan moral; Tindakan etika
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:18914
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 04:34
Last Modified:05 Jul 2022 08:34

Repository Staff Only: item control page