Sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Indonesia

Adnan Jusoh, (2022) Sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di Indonesia. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (1). pp. 1-15. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
927kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Artikel ini memfokuskan tentang salah satu budaya kebendaan di Indonesia iaitu gendang gangsa. Objek yang diperbuat daripada beberapa komponen logam ini telah ditemui di beberapa lokasi di Asia Tenggara dan China. Di samping fungsinya yang pelbagai, rupa bentuk objek ini juga unik dan dihiasi dengan motif hiasan yang unik. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan perkembangan sejarah penyelidikan dan penemuan gendang gangsa di negara Indonesia. Realitinya pengetahuan orang awam mengenai perkembangan gendang gangsa di Indonesia amat terhad disebabkan oleh kekurangan informasi. Sehubungan itu, dalam usaha untuk menyiapkan artikel ini, pembacaan dan rujukan dilakukan dengan menelaah sejumlah buku dan artikel yang berkaitan dengan gendang gangsa di Asia Tenggara dan China. Hasil penelitian mendapati terdapat tiga (3) jenis gendang gangsa yang ditemui di Indonesia iaitu jenis gendang gangsa yang sering ditemui di Asia Tenggara dan China, gendang Moko dan gendang Pejeng. Penemuan gendang gangsa di Indonesia melibatkan klasifikasi daripada jenis Heger I dan Heger VI. Objek ini dikategorikan barang import dari luar dan dikaitkan sebagai tinggalan masyarakat zaman Logam. Sementara gendang Moko dan gendang Pejeng pula merupakan produk yang dihasilkan untuk kegunaan oleh masyarakat tempatan terutama di Pulau Alor dan Bali. Pembuatan gendang Moko dan gendang Pejeng dipercayai dihasilkan pasca zaman kerajaan Majapahit pada abad ke-13 Masihi, malahan masih lagi dihasilkan hingga permulaan abad ke-20 Masihi. Secara keseluruhannya, penemuan gendang gangsa di Indonesia amat penting dalam menjelaskan hubung kait antara masyarakat tempatan dengan dunia luar. Di samping itu ia juga akan menyerlahkan tradisi penggunaan objek tersebut dalam kalangan masyarakat tempatan yang telah berkembang semenjak ratusan tahun dahulu sehingga kini.

Item Type:Article
Keywords:Zaman Logam; Indonesia; Motif; Moko; Pejeng; Gendang gangsa
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:18918
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 07:14
Last Modified:05 Jul 2022 08:43

Repository Staff Only: item control page