Makhluk mitologi dalam artifak budaya Iban : Pua Kumbu

Gregory Kiyai @ Keai, (2022) Makhluk mitologi dalam artifak budaya Iban : Pua Kumbu. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (1). pp. 17-30. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
878kB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Kewujudan makhluk mitologi dalam kebudayaan tradisional masyarakat peribumi adalah merupakan sumber lisan yang telah wujud dalam masyarakat sejak turun-temurun. Bagi masyarakat Iban di Sarawak, mereka percaya akan wujudnya makhluk-makhluk mitologi ini dalam budaya mereka sehingga kekuasaan dan kesakralannya telah diadaptasi dalam artifak budaya Iban iaitu Pua Kumbu sebagai lambang kemegahan, kekuasaan dan kekuatan makhluk tersebut membantu masyarakat Iban dalam kehidupan di rumah panjang. Penyelidikan ini adalah bersifat etnografi yang menggunakan kaedah kualitatif dalam perolehan datanya iaitu dengan melakukan kerja lapangan, dokumentasi dan temu bual informan melalui kolektif memori. Fokus utama penyelidikan adalah merungkai dan memahami seni yang mengadaptasi imej makhluk mitologi dalam tekstil Pua Kumbu Iban. Hasil penyelidikan mendapati bahawa, motif makhluk mitologi dalam Pua Kumbu Iban bersifat sakral dan tinggi nilai estetikanya. Oleh itu melalui implikasi penyelidikan ini diharapkan mampu untuk memahami dan mengarkibkan pola pemikiran masyarakat Iban di Sarawak terhadap kewujudan makhluk-makhluk mitologi dalam budaya mereka sebagai warisan tidak ketara.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Iban; Makhluk mitologi; Pua Kumbu; Sarawak
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:18919
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 07:22
Last Modified:05 Jul 2022 08:44

Repository Staff Only: item control page