Arkeologi prasejarah di Kedah-Pulau Pinang : satu tinjauan kronologi, evolusi budaya dan persekitaran

Mohd Fauzan Zuraidi, and Zuliskandar Ramli, and Yunus Sauman, (2022) Arkeologi prasejarah di Kedah-Pulau Pinang : satu tinjauan kronologi, evolusi budaya dan persekitaran. Jurnal Arkeologi Malaysia, 35 (1). pp. 31-59. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/in...

Abstract

Negeri Kedah dan Pulau Pinang sememangnya mempunyai catatan sejarahnya yang tersendiri khususnya di dalam konteks prasejarah. Pulau Pinang menerusi Guar Kepah, telah menjadikannya sebagai bukti utama bagi keberadaan maysarakat prasejarah di Pulau Pinang, yang mana kawasan ini telah dijumpai oleh G.W. Earl pada tahun 1851. Menerusi kajian awal yang telah dilakukan, dijumpai beberapa artifak penting tentang kewujudan masyarakat prasejarah di Guar Kepah seperti timbunan cengkerang kepah dan kerang yang di dalarnnya ditemui rangka manusia, alat batu, sisa makanan, manik dan pecahan tembikar. Guar Kepah merupakan sebuah kawasan yang terletak di Seberang Perai, dan berhampiran dengan Sungai Muda yang menjadi pemisah diantara Pulau Pinang dan Kedah. Menerusi kajian yang dilakukan oleh G.W. Earl, telah berlakunya kajian lanjutan yang dijalankan oleh beberapa pengkaji luar dan pengkaji tempatan. Melalui kajian yang telah dilakukan dapat dsimpulkan bahawa Guar Kepah ini telah menjadi kawasan penempatan/hunian bagi masyarakat Haobinhian dan Neolitik, ini berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan oleh Callenfels (1936) dan penelitian ini turut diperkatakan oleh para penyelidik tempatan dan sebahagiannya adalah Ahmad Hakimi (1994) telah menyatakan bahawa tapak Guar Kepah ini merupakan tapak hunian bermusim bagi masyarakat Hoabinhian dan Neolitik. Di Kedah, menerusi beberapa kawasan seperti Baling dan Kodiang telah mencatatkan kewujudan masyarakat prasejarah hasil dari kajian yang telah dilakukan oleh Collings (1936) di Baling dan Williams-Hunt (1951) di Gua Berhala, Kodiang dan Bukit Keplu. Menerusi kajian yang dilakukan ini, telah ditemukan beberapa artifak prasejarah seperti alat batu, tembikar, rangka manusia dan lain-lain. Namun begitu sehingga kini hanya kawasan Baling sahaja yang diteruskan penelitian dan kajian disebabkan kawasan Baling ini khususnya di Gunung Baling dan Gunung Pulai masih mempunyai beberapa kawasan yang berpontensi jika dibandingkan dengan Kodiang yang di mana kawasan yang berpontensi dahulunya telah musnah akibat aktiviti pertanian. Baling merupakan kawasan yang dikelilingi gua batu kapur di samping mempunyai aliran sungai yang besar seperti Sungai Muda yang menjadi sungai utama bagi Daerah Baling dan diikuti dengan Sungai Ketil yang merupakan lembangan terbesar di Baling. Menerusi kajian dan ekskavasi yang dijalankan oleh Collings (1936) telah dinyatakan olehnya bahawa kawasan Baling ini telah didiami oleh masyarakat Hoabinhian dan Neolitik hasil dari penemuan kapak batu Zaman Hoabinhian dan beliung batu Zaman Neolitik. Jumpaan ini ditemukan di dua buah gua iaitu Gua Debu dan Gua Kelawar yang terletak dalam kawasan Baling. Selain itu, Hakimi (2008) turut menyatakan bahawa di Kedah telah adanyakehidupan zaman prasejarah bermula dengan masyarakat Hoabinhian kira-kira 5000 tahun yang lalu. Melalui rekod kajian terdahulu ini, dapat disimpulkan bahawa Kedah-Pulau Pinang merupakan kawasan yang menjadi pilihan bagi masyarakat prasejarah meliputi Hoabinhian-Neolitik disebabkan kawasan-kawasan ini amat kaya dengan sistem biodiversitinya sekaligus sesuai untuk dijadikan sebagai tapak hunian sementara dan kekal.

Item Type:Article
Keywords:Prasejarah; Kedah-Pulau Pinang; Ekskavasi; Artifak; Hunian
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:18920
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2022 07:27
Last Modified:05 Jul 2022 08:45

Repository Staff Only: item control page