Pengelompokan bahasa Melayu dengan bahasa Banjar dalam salasilah hipotetikal bahasa : kajian perbandingan leksikostatistik

Mohd Khaidir Abdul Wahab, (2022) Pengelompokan bahasa Melayu dengan bahasa Banjar dalam salasilah hipotetikal bahasa : kajian perbandingan leksikostatistik. Jurnal Melayu, 21 (1). pp. 1-21. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
941kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512

Abstract

Sesebuah bahasa dipencarkan daripada bahasa induk yang pernah wujud sebelum ini. Pemencaran tersebut mewujudkan salasilah bahasa. Dalam salasilah bahasa, filum bahasa merupakan kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5,000 tahun ke atas. Rumpun bahasa pula ialah kelompok bahasa yang berusia antara 2,500 hingga 5,000 tahun. Dalam salasilah hipotetikal bahasa, keluarga bahasa ialah kelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2,500 tahun. Keluarga bahasa menurunkan subkeluarga bahasa yang masing-masing berlainan usia. Unsur linguistik bahasa mungkin kekal atau berinovasi sewaktu dua bahasa atau lebih dipencarkan daripada bahasa induk. Faktor kesamaan linguistik ini menunjukkan bahawa wujud hubungan kekerabatan antara bahasa turunan atau bahasa yang dibandingkan daripada induk yang sama. Kajian ini meneliti salasilah bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Banjar dengan menyenaraikan kosa kata asas kedua-dua bahasa melalui kaedah perbandingan leksikostatistik. Tinjauan dan penyenaraian kosa kata asas bahasa ini memanfaatkan senarai 100 kosa kata Morris Swadesh yang diubah suai. Kaedah ini menentukan peratusan kata berkerabat dengan menghitung jumlah kata berkognat melalui penelitian unsur retensi dan unsur inovasi. Dengan penelitian tersebut, salasilah bahasa bagi kedua-dua bahasa ini dapat ditentukan. Hasil kajian mendapati bahawa daripada 100 perkataan yang dibandingkan, sebanyak 72 kosa kata atau 76.5% bahasa Melayu adalah berkognat dengan bahasa Banjar. Berdasarkan peratus kekerabatan ini, ia memperlihatkan bahawa bahasa Melayu dan bahasa Banjar dikelompokkan pada tingkat kekerabatan keluarga bahasa. Dalam salasilah hipotetikal bahasa, keluarga bahasa ialah kelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2,500 tahun. Oleh itu, kajian ini dapat memberi implikasi yang signifikan terhadap persoalan pengelompokan bahasa-bahasa Austronesia berdasarkan salasilah hipotetikal bahasa secara berpada dengan menggunakan kaedah perbandingan leksikostatistik.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Banjar; Bahasa Melayu; Kosa kata; Leksikostatistik; Salasilah bahasa
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18923
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2022 06:19
Last Modified:12 Jul 2022 07:54

Repository Staff Only: item control page