Model Pengajaran Unsur Tautan (2009) dalam pendidikan bahasa Melayu : trend, elemen dan faedah

Rozita Mohamad Yuneh, and Rahim Aman, and Shahidi A.H., (2022) Model Pengajaran Unsur Tautan (2009) dalam pendidikan bahasa Melayu : trend, elemen dan faedah. Jurnal Melayu, 21 (1). pp. 42-58. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
569kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512

Abstract

Makalah ini membincangkan Model Pengajaran Unsur Tautan (2009) sebagai sarana kohesi menulis karangan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menjurus kepada pendekatan tematis yang berfokuskan penelitian analitis untuk menyesuaikan elemen sarana kohesi yang ada dengan pelaksanaan pengajaran karangan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Hasil analisis menunjukkan bahawa model ini yang membahagikan sarana kohesi kepada tiga unsur iaitu tautan perulangan, tautan hubungan dan tautan penghubung ayat sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dan dapat merancakkan proses pengajaran kemahiran menulis. Analisis mendapati kemampuan Model Pengajaran Unsur Tautan (2009) mendukung fungsi kohesi dan koheren melalui binaan teks, menstrukturkan idea dan mengorganisasikan makna sehingga menjadi konstituen karangan yang lengkap. Makalah ini juga menyarankan sarana kohesi dengan istilah yang mudah dalam model ini dijadikan penyuluh amalan pengajaran karangan dalam kalangan guru bersandarkan sifat proses mengarang itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Koheren; Sarana kohesi; Tautan hubungan; Tautan penghubung ayat; Tautan perulangan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18925
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2022 06:36
Last Modified:12 Jul 2022 07:57

Repository Staff Only: item control page