Perkembangan program PERMATA/ GENIUS Seni (PGS) di Malaysia

Nur Farzana Amali, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2022) Perkembangan program PERMATA/ GENIUS Seni (PGS) di Malaysia. Jurnal Melayu, 21 (1). pp. 96-112. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
313kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512

Abstract

PERMATA/ GENIUS Seni (PGS) dibangunkan selari dengan program PERMATA Negara. PGS adalah program pendidikan seni di peringkat nasional dalam bidang koir, muzik dan tari untuk kanak-kanak berbakat di Malaysia. PGS telah melalui beberapa perubahan dari aspek pentadbiran, penyelarasan dan pembangunan sejak penubuhannya pada tahun 2010. Artikel ini bertujuan menjawab persoalan apakah faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi perkembangan PGS. Sehubungan dengan itu, sebuah kajian berbentuk kualitatif dirangka dengan memanfaatkan instrumen kajian kepustakaan dan temubual secara bersemuka serta atas talian. Pelbagai bahan bercetak dan digital seperti kertas-kertas kerja, laporan program, minit-minit mesyuarat, akhbar dan laman web program dijadikan sumber mengumpul data. Sementara itu, temu bual dilaksanakan bersama dengan individu yang terlibat secara langsung dengan program PGS, seperti pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), pegawai Istana Budaya (IB), tenaga pengajar PGS, dan penyelaras program. Hasil kajian mendapati faktor luaran yang mempengaruhi perkembangan PGS adalah perubahan punca kuasa pentadbiran program dan penjenamaan program daripada PERMATA Seni kepada GENIUS Seni bermula pada tahun 2018. Manakala, faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh perlanjutan dan perkembangan program ke peringkat remaja sehingga maksimum umur 18 tahun, penganugerahan sijil kemahiran yang diiktiraf kepada peserta PGS, usaha perluasan program ke seluruh negara, dan pembinaan premis untuk operasi program PGS.

Item Type:Article
Keywords:GENIUS Seni; Kanak-kanak berbakat di Malaysia; Pendidikan; PERMATA/ GENIUS Seni; Seni persembahan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18928
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2022 07:03
Last Modified:12 Jul 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page