Pembentukan sahsiah remaja Islam melalu puisi Melayu

Nur Akmaliah Alias, and Mawar Safei, (2022) Pembentukan sahsiah remaja Islam melalu puisi Melayu. Jurnal Melayu, 21 (1). pp. 113-128. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512

Abstract

Masalah sosial khususnya dalam kalangan remaja menjadi perkara yang sentiasa berlegar menerusi media massa, seiring peredaran zaman teknologi. Limpahan informasi negatif mempengaruhi sahsiah remaja, terutamanya remaja Islam. Pembentukan akhlak dan sahsiah yang tidak baik ini timbul disebabkan sebahagian remaja Islam mendefinisikan cinta menurut landasan nafsu. Maka apakah acuan yang dapat dimanfaatkan remaja untuk membantu mereka membangunkan peribadi mulia. Oleh itu, kajian terhadap kumpulan puisi remaja Cinta Allah karya Hilmi Rindu wajar dilaksanakan bagi menjadi acuan membentuk sahsiah remaja Islam menerusi karya kreatif seperti puisi. Penelitian ini menjurus kepada pemerihalan rasa kepercayaan dan cinta kepada hakiki melalui asas-asas iman dan amalan seseorang Muslim. Kumpulan puisi remaja Cinta Allah menghimpunkan 50 buah puisi dengan paparan falsafah cinta unggul. Falsafah cinta yang dikemukakan Ibnul Qayyim al-Jauziyyah (2003) berkait rapat dengan falsafah cinta yang hakiki ini. Analisis dilakukan dalam tiga bahagian utama kumpulan ini, iaitu Cinta Allah, Muhammad Nabiku dan Pintu Pagi. Penemuan kajian ini mendapati teks kesusasteraan seperti kumpulan puisi remaja Cinta Allah berupaya mengangkat falsafah cinta unggul ke tahap ruang wacana yang lebih serius, di samping membentuk sahsiah remaja Islam ke arah remaja Islam sejati. Kajian ini diharapkan dapat mengembalikan kefahaman remaja Islam khususnya tentang falsafah cinta yang sebenar. Secara tidak langsung, membentuk sahsiah remaja Islam secara menyeluruh.

Item Type:Article
Keywords:Cinta Allah; Falsafah cinta; Hilmi Rindu; Sahsiah remaja Islam; Puisi Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18929
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2022 07:06
Last Modified:12 Jul 2022 08:00

Repository Staff Only: item control page