Akal budi dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan : satu penelitian terhadap pengkaedahan alamiah

Mohd Firdaus Che Yaacob, (2022) Akal budi dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan : satu penelitian terhadap pengkaedahan alamiah. Jurnal Melayu, 21 (1). pp. 129-144. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1512

Abstract

Akal budi merupakan sesuatu yang terdapat dalam karya sastera seperti cerita rakyat yang bertujuan untuk mengajar disiplin kendiri kepada golongan muda. Akal budi sering kali diterapkan dalam penceritaan cerita rakyat oleh seorang penutur amatur bagi mendidik anak-anak muda akan adat resam, kebudayaan setempat dan undang-undang peradaban masyarakat Melayu. Akan tetapi, pengkajian terhadap cerita rakyat mempunyai kelompongan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hal ini kerana pengkaji terdahulu kurang menekankan aspek akal budi dalam pengkajian mereka. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan. Dengan itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kajian ini juga menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu sebagai deduktif kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa akal budi yang terkandung dalam cerita rakyat di daerah Tumpat, Kelantan yang seharusnya diketengahkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Akal budi; Cerita rakyat; Daerah Tumpat; Pengkaedahan Alamiah; Penutur amatur
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:18930
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2022 07:11
Last Modified:12 Jul 2022 08:04

Repository Staff Only: item control page