Senario umum pengurusan sisa pandemik COVID-19 di Malaysia : satu tinjauan

Rodzidah Mohd Rodzi, and Zulkifli Mohd Nopiah, and Noor Ezlin Ahmad Basri, (2021) Senario umum pengurusan sisa pandemik COVID-19 di Malaysia : satu tinjauan. Jurnal Kejuruteraan, 33 (4). pp. 817-830. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-334-2021/

Abstract

Malaysia mencatatkan 880,782 kes kumulatif positif penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) dan 6,613 kematian setakat 15 Julai 2021. Impak daripada jumlah jangkitan yang tinggi dan perintah kawalan pergerakan (PKP), Malaysia mengalami peningkatan 60% hingga 70% jumlah penjanaan sisa isi rumah dan 120% hingga 150% peningkatan sisa penjagaan kesihatan. Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan literatur bersistematik terhadap senario umum pengurusan sisa pandemik COVID-19 di Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah model Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) di laman web sarjana Scopus, Web of Science dan jurnal Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa Inggeris disaring dengan menggunakan perisian Central Access Database for Impact Assessment (CADIMA), manakala jurnal Bahasa Melayu disaring dengan menggunakan enjin carian Academia.edu. Hasil saringan mendapati sebanyak 43 artikel daripada 571 artikel dikenal pasti memenuhi kriteria kajian. Dapatan kajian ini membentangkan situasi pandemik di Malaysia, impak terhadap pengurusan sisa, pengemaskinian garis panduan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga aliran prosedur pengurusan sisa sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Kajian ini berkepentingan dalam pemahaman cara pengurusan sisa berjangkit yang dilaksanakan di Malaysia, menjelaskan bagaimana pengurusan sisa mempengaruhi penyebaran jangkitan dan pengetahuan tentang prosedur pengurusan sisa penjagaan kesihatan yang telah dikemaskini oleh WHO (2020). Cadangan kajian lanjutan tentang proses pengurusan sisa lebih mendalam berdasarkan garis panduan yang telah dikemaskini oleh WHO (2020) di pusat kesihatan, kawasan kediaman dan tempat umum.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Malaysia; Prosedur pengurusan sisa pepejal; Sisa penjagaan kesihatan; Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:18935
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jul 2022 01:25
Last Modified:13 Jul 2022 06:52

Repository Staff Only: item control page