Tradisi dalam novel Anwar Ridhwan dan Putu Wijaya

Mawar Shafei, and Misran Rokimin, and Che Abdullah Che Ya, (2011) Tradisi dalam novel Anwar Ridhwan dan Putu Wijaya. AKADEMIKA, 81 (1). pp. 83-91. ISSN 0126-5008

[img] PDF
62kB

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit/akademika/jademik-cont...

Abstract

Makalah ini membincangkan kajian bandingan yang dilakukan ke atas novel Anwar Ridhwan dan Putu Wijaya,masing-masing mewakili kepengarangan Malaysia dan Indonesia. Kajian bandingan yang dilakukan adalah tentang kecenderungan mengangkat ‘tradisi’ dalam novel mereka. Apa yang dimaksudkan dalam kerangka ‘tradisi’ini ialah kedua-duanya merujuk teks tradisional sebagai bahan utama untuk membina struktur novel yang sedang difokuskan. Secara khusus novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan) merujuk kepada teks lipur lara ‘Si Gembang’ atau ‘Teluk Bidung Kota Lama’ sementara novel Perang (Putu Wijaya) memanfaatkan teks klasik Mahabharata. Di samping itu dikenalpasti bahawa ‘tradisi’ yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel yang dikaji juga mengambil kira konsep tradisi yang merupakan ideologi kepengarangan mereka. Misalnya, Anwar Ridhwan dengan konsep ‘kampung halaman’ Melayu sementara Putu Wijaya dengan konsep ‘desa-kala-patra’ dalam tradisi Bali. ‘Tradisi’ berkenaan juga berpaksikan kerja eksperimen mereka menentang jalan konvensi; kecenderungan yang ternyata serasi dengan langgam kepengarangan kedua-dua tokoh ini. Kajian yang dilakukan memanfaatkan kerangka intertekstual serta dialogisme yang dikemukakan Mikhail Bakhtin dan Julia Kristeva; kerangka yang menjurus kepada teori penciptaan yang berkesan untuk memerhatikan suatu proses kepengarangan. Maka apa yang ditemukan adalah keakuran pengarang terhadap akar tradisi budaya bangsa mereka, apresiasi yang dikemukakan, penjungkirbalikan makna baru yang dibawakan dalam novel yang dikaji (hypertext) berbanding teks awal (hypotext

Item Type:Article
Keywords:Anwar Ridhwan; Putu Wijaya; novel hari-hari terakhir seorang seniman; novel perang; intertextualiti; tradisi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:1897
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Jun 2011 04:41
Last Modified:11 Aug 2011 06:49

Repository Staff Only: item control page