Makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian ketika tempoh pandemik : kajian kes terhadap pekerja sambilan harian di Kuala Lumpur

Mohd. Sharial Bungsu, and Farah Adibah Ibrahim, and Junaidah Yusof, (2021) Makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian ketika tempoh pandemik : kajian kes terhadap pekerja sambilan harian di Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (8(SI)). pp. 107-118. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1427

Abstract

Malaysia turut menerima implikasi ekonomi berikutan serangan pandemik Covid-19. Ramai golongan pekerja kehilangan pekerjaan berikutan ketidakupayaan majikan untuk menampung kos operasi syarikat apabila Perintah Kawalan Pekerjaan (PKP) fasa satu dilaksanakan. Hal ini kerana pihak kerajaan hanya membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih sahaja beroperasi ketika tempoh PKP fasa satu berlangsung. Apabila keadaan berasur pulih, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan. Pada tempoh PKPB dan PKPP ini terdapat majikan menawarkan pekerjaan bagi memulakan semula operasi mereka termasuk bagi jawatan pekerja sambilan harian. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti makna dan cabaran pekerjaan sambilan harian bagi pekerja-pekerja sambilan harian ketika tempoh pendemik covid-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai 10 orang informan telah menjadi sampel kajian dan ditemubual secara mendalam. Hasil kajian mendapati bahawa tanggungjawab untuk menyara keluarga muncul sebagai faktor utama mengapa para pekerja sambilan harian ini sanggup menerima tawaran pekerjaan sambilan harian sungguhpun tidak selari dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja mereka. Sementara itu, risiko jangkitan covid-19 dan ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa merupakan cabaran yang paling banyak dinyatakan oleh para informan. Kesimpulannya, ketika tempoh pandemik, mendapatkan suatu pekerjaan dilihat sangat penting untuk kelangsungan hidup seseorang pekerja dan keluarga mereka.

Item Type:Article
Keywords:Makna; Cabaran; Pekerjaan sambilan harian; Pandemik Covid-19
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19002
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 01:19
Last Modified:22 Jul 2022 00:56

Repository Staff Only: item control page