Mikropolitik dan implikasinya kepada pihak berkuasa tempatan : sorotan literatur

Mohamad AznorKamaruddin Mohd Azman, and Fadilah Zaini, and Nur Syafiqah A. Rahim, (2021) Mikropolitik dan implikasinya kepada pihak berkuasa tempatan : sorotan literatur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (8(SI)). pp. 136-147. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
231kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1427

Abstract

Politik bukan hanya berpaksikan kepada politik kepartian seperti pilihanraya dan ceramah kempen, boleh juga terjadi dalam pelbagai bentuk dan situasi. Daripada isu sensitif akidah melibatkan pertembungan ideologi Syiah, kritikan Syiah Zaidiyah berkenaan Teori Imamah Syiah Imamiah dan Syiah Ismailiyah, amalan protes punk yang lahir separuh abad yang lalu sehingga membentuk sub-budaya. Namun, politik juga lahir daripada dalam pengurusan organisasi, dikenali sebagai politik organisasi atau mikropolitik. Meskipun mikro (sangat kecil), namun tidak boleh lari daripada kuasa dan pengaruh dalam mencapai matlamat peribadi. Secara umumnya, ramai ahli akademik menganggap politik organisasi sebagai tingkah laku yang berniat untuk menjaga kepentingan diri dengan menjadikan individu atau kumpulan lain sebagai korban bagi mencapai matlamat dan cita-citanya. Urusan kenaikan pangkat, perolehan tender projek, penyebaran maklumat lebih mudah dicapai dengan adanya aktiviti politik yang tidak sihat. Sehubungan itu, perbincangan ini tidak bertujuan untuk memberi fokus kepada pendekatan yang sama dalam menjawab persoalan kajian yang terarah kepada pembangunan politik daripada sudut pemerintahan dan kepartian. Malah, tidak juga berpaksikan satu bentuk analisis yang bersifat mengukur tingkat politik yang berstruktur dan melibatkan hubungan antarabangsa. Tetapi, lebih khusus kepada kepimpinan dan pentadbiran awam sebagai satu subjek tujahan dalam kerangka perbincangan bagi memahami persoalan politik organisasi dan implikasinya kepada organisasi.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan; Mikropolitik; Kuasa; Pengaruh; Integriti
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 01:30
Last Modified:22 Jul 2022 00:58

Repository Staff Only: item control page