Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan

Aleeyah Nur Sabrina Dzuren, and Fong, Yu Jie and Nik Muhammad Azri Mohd Anuar, and Nurul Aliyah Mohd Nadzri, and Sussvinderjeet Kaur Manjit Singh, and Faizah Mohd Fakhruddin, and Fathiyah Mohd Fakhruddin, (2021) Penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan dan langkah menangani ketagihan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (8(SI)). pp. 166-178. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
222kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1427

Abstract

Isu ketagihan pornografi adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia semakin berleluasa dalam masyarakat. Ketagihan pornografi boleh meningkatkan jenayah seks luar nikah. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi, kesan penglibatan dan langkah menangani isu ketagihan tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah atau convenient sampling yang melibatkan belia universiti dan luar universiti yang bersedia terlibat dalam kajian. Seramai 116 orang responden terlibat dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden menggunakan platform Google Form. Dapatan menunjukkan bahawa penglibatan belia dalam isu ketagihan bahan pornografi berada pada tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan menunjukkan kesan utama daripada ketagihan bahan pornografi boleh menjerumuskan diri kepada jenayah seksual. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa langkah menangani ketagihan bahan pornografi perlu melibatkan pihak kerajaan, institusi pendidikan, ibubapa, insitusi keagamaan dan masyarakat. Kajian ini memberi implikasi penting agar isu ketagihan bahan pornografi dalam kalangan belia wajar ditangani dengan segera dan secara tegas menerusi penggemblengan usaha daripada pihak yang berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Pornografi; Ketagihan pornografi; Belia; Langkah menangani; Kesan ketagihan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19006
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 01:39
Last Modified:22 Jul 2022 07:07

Repository Staff Only: item control page