Adaptasi antarabudaya pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia

Pajrianti, Desi and Abdul Latiff Ahmad, (2021) Adaptasi antarabudaya pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (9). pp. 1-11. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
679kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434

Abstract

Kajian ini dihasilkan untuk mengetahui dan memperincikankan proses dan pengalaman adaptasi antarabudaya yang berlaku ke atas para pelajar yang berasal dari Indonesia yang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Adaptasi antarabudaya merupakan suatu proses seseorang individu itu belajar serta memahami budaya baru yang perlu ditempuh. Kajian ini menggunakan Model Lekuk U yang diasaskan oleh Lysgaard (1955) dengan melihat empat fasa adaptasi antarabudaya iaitu fasa bulan madu, fasa kejutan budaya, fasa penyesuaian, dan fasa penguasaan. Matlamat kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman adaptasi antarabudaya daripada dimensi budaya yang sama mengamalkan budaya berbentuk kolektivisme. Objektif dalam kajian ini adalah ingin mengkaji proses adaptasi yang dialami oleh pelajar dari Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti kejutan budaya yang dialami oleh pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan meneroka cabaran semasa proses adaptasi dalam kalangan pelajar Indonesia di Universiti Kebangsaan Malaysia. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah perbincangan kumpulan fokus daripada pelajar Indonesia yang mewakili pelbagai pulau antaranya Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat persamaan akar budaya dan agama, tetapi tetap wujud pelbagai cabaran bagi para pelajar Indonesia dalam mengadaptasikan diri di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Kejutan budaya; Pelajar Indonesia; Model Lekuk U
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19012
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 03:42
Last Modified:22 Jul 2022 08:31

Repository Staff Only: item control page