Impak ekopelancongan terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komuniti setempat di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Sarawak

Azimah Abd Rahman, and Ainur Nelisa Kamaruzaman, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, (2021) Impak ekopelancongan terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komuniti setempat di Pantai Tanjung Kembang Kabong, Sarawak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (9). pp. 93-109. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434

Abstract

Pantai Tanjung Kembang di Kabong, Sarawak merupakan salah satu kawasan ekopelancongan yang mula mendapat perhatian dan kunjungan pengunjung dalam negara mahupun luar negara. Keindahan semulajadi di kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan dan dikomersialkan namun kekurangan sambutan daripada komuniti setempat dan kemudahan asas yang tidak mencukupi menyekat usaha untuk membangunkan kawasan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan serta kesannya terhadap persekitaran, pembangunan ekonomi, sosial dan budaya komunitit setempat di Pantai Tanjung Kembang. Kaedah kuantitatif digunakan iaitu pengedaran set borang soal selidik kepada komuniti setempat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti ekopelancongan di kawasan ini. Seramai 77 orang responden telah terlibat di dalam tinjauan ini iaitu di kalangan komuniti setempat. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan aplikasi Package for Social Science (SPSS) versi 27.0 seperti nilai min, kekerapan dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati bahawa tiga jenis pekerjaan utama atau penglibatan oleh komuniti di sekitar kawasan termasuklah peniaga kecil-kecilan (35 orang), pemandu pelancong (21 orang) dan pekebun kelapa (21 orang). Apek ekonomi akibat daripada aktiviti ekopelancongan menunjukkan kesan yang positif apabila pernyataan “peluang pekerjaan”, “peluang perniagaan”, “industri produk berkembang” dan “menjana pendapatan’ mendapat kan nilai min yang tinggi iaitu masing-masing (4.65), (4.57), (4.56) dan (4.48). Manakala aspek sosial pula terdapat dua penyataan yang mempunyai nilai min tinggi iaitu “Peningkatan masalah sosial” (4.66) dan “Kemasukan warga asing” (4.69). Penyataan bagi persekitaran ketiga-tiganya mendapatkan nilai min yang tinggi iaitu “Kebersihan kawasan terjejas” (4.40), “Pencemaran meningkat” (4.43) dan “Hasil tangkapan terjejas” (4.62). Akhir sekali, hanya satu penyataan yang berkaitan dengan budaya yang mendapat nilai min tinggi iaitu “Pemuliharaan landskap” (4.00). Melalui kajian ini dapat membuktikan bahawa kawasan Pantai Tanjung Kembang sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah satu kawasan ekopelancong di negeri Sarawak. Namun begitu, pihak bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri berperanan dalam memberi bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan pendedahan bagi mengalakkan penglibatan komuniti tempatan secara langsung dalam aktiviti ekopelancongan di kawasan ini. Usaha ini adalah untuk mendorong komuniti tempatan dalam menambahbaik tahap ekonomi mereka dan menghapuskan stigma negatif terhadap pembangunan sekitar kawasan Pantai Tanjung Kembang sebagai kawasan ekopelancongan yang dilakukan.Hasil kajian ini juga membantu perancangan dan pelaksanaan pembangunan ekopelancongan di sekitar kawasan Pantai Tanjung Kembang yang mendapat sambutan dan kerjasama masyarakat setempat.

Item Type:Article
Keywords:Pantai Tanjung Kembang; Ekopelancongan; Komuniti tempatan; Pelancong
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19019
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 06:16
Last Modified:22 Jul 2022 08:41

Repository Staff Only: item control page