Keberkesanan aplikasi al-Quran M-pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian Hifz al-Quran dalam kalangan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Siti Mastura Baharudin, and Adura Hani Abdul Hani, and Nurul Fazzuan Khalid, and Muhammad Zuhair Zainal, (2021) Keberkesanan aplikasi al-Quran M-pembelajaran dalam meningkatkan pencapaian Hifz al-Quran dalam kalangan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (9). pp. 122-134. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
501kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434

Abstract

Tranformasi khususnya dalam perkembangan kurikulum tahfiz di Malaysia menjadikan perkembangan tahfiz lebih menyeluruh dan sudah pasti aspek kemenjadian dan pencapaian pelajar menjadi tunjang utama. Kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenalpasti berpunca daripada kekurangan dalam pembelajaran tahfiz iaitu, pelajar tidak mempunyai strategi, teknik dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz. Antara faktor lain adalah pengajaran guru tahfiz yang masih mengamalkan kaedah konvensional dalam pengajaran walaupun pembelajaran abad ke 21 telah diperkenalkan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan aplikasi Al-Quran untuk meningkatkan pencapaian Hifz Al-Quran di kalangan pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar dalam Hifz Al-Quran dengan menggunakan aplikasi Al-Quran. Manakala, reka bentuk kajian ini adalah kaedah eksperimen kuasi kuantitatif dari dua kumpulan ujian pra dan ujian pos. Responden untuk kajian ini adalah 60 orang pelajar Tingkatan 1 yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan. Penyelidikan dilakukan di dua sekolah yang melaksanakan Model Tahfiz Kurikulum Bersepadu (KBT) Ulul Albab, Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk menilai keberkesanan aplikasi al-Quran adalah ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis, uji t dan skor min. Hasil kajian ini menunjukkan nilai min skor pencapaian kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Nilai perbezaan min 12.33 menunjukkan bahawa pelajar kumpulan rawatan lebih mampu memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi Al-Quran ini sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar dan menggalakkan pembelajaran aktif dan dapat digunakan untuk menarik minat pelajar untuk memahami Al-Quran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, penggunaan telefon pintar dan peranti mudah alih dalam aktiviti pembelajaran dapat memberikan impak positif kepada kemajuan pelajar dalam subjek hifz Al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:TMUA; Pencapaian; M-pembelajaran; Aplikasi Al-Quran; Hifz Al-Quran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19021
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 06:29
Last Modified:22 Jul 2022 08:43

Repository Staff Only: item control page