Nurhamizah Rashid, and Norain Mod Asri, and Maisarah Mazlan, and Norshamliza Chamhuri, and Azrina Abdullah Al-Hadi, and Hazrul Izuan Shahiri, (2021) Penyertaan wanita dalam bidang STEM : pengaruh persekitaran kerja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (9). pp. 158-175. ISSN 1823-884x
|
PDF
489kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434
Abstract
Penyertaan wanita yang rendah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan negara ketika ini. Hal ini terkesan akibat daripada ketiadaan atau ketidakcukupan persekitaran kerja yang ditawarkan oleh majikan yang dilihat telah menghambat wanita untuk bertahan dengan cabaran dalam STEM dan seterusnya mencipta kejayaan kerjaya dalam bidang STEM tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis persekitaran kerja yang diperlukan oleh wanita untuk mereka sertai dan kekal dalam STEM. Untuk itu, soalselidik telah diedarkan kepada wanita yang terdiri daripada tiga peringkat jawatan dalam STEM iaitu junior, pertengahan (senior) dan atasan (ketua) di sektor swasta dan kerajaan dalam Malaysia. Menerusi analisis deskriptif, dapatan kajian menunjukkan faktor kemudahan, hubungan baik dengan rakan sekerja, peluang yang sama dengan lelaki dalam membuat keputusan, peranan mentor dan role model, peranan ketua yang baik dan sokongan institusi, peluang untuk pembangunan kerjaya, penghargaan berbentuk kewangan dan bukan kewangan serta sokongan keluarga dilihat merupakan antara persekitaran kerja utama yang diperlukan untuk wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM. Rentetan itu, majikan di sektor awam mahupun swasta perlu mengambilkira kesemua elemen tersebut dalam membentuk persekitaran kerja inklusif dan lebih baik untuk menggalak dan meningkatkan lagi kadar penyertaan wanita dalam dalam bidang STEM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kekal; Persekitaran kerja; Sertai; STEM; Wanita |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 19024 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Jul 2022 06:47 |
Last Modified: | 22 Jul 2022 08:46 |
Repository Staff Only: item control page