Persepsi terhadap penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit

Filyntiana Tenge Andrew, and Zurinah Tahir, and Arvin Raj, (2021) Persepsi terhadap penggunaan teknologi moden dalam penanaman kelapa sawit. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (9). pp. 176-194. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1434

Abstract

Teknologi moden digunakan dalam penanaman kelapa sawit yang merupakan tanaman komoditi bagi Malaysia seperti pokok kelapa sawit seperti penghasilan benih, baja, penggunaan jentera, dan lain-lain lagi. Dengan ini produktiviti kelapa sawit dapat dipertingkatkan dan pada masa yang sama juga hasil sawit negara mencapai kualiti yang tinggi. Tujuan kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti persepsi penggunaan terhadap teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Kaedah kajian menggunakan kaedah kuantitatif kolerasi dengan mengumpulkan responden kebun kelapa sawit tertentu iaitu seramai 167 responden yang dikehendaki. Kesemua responden yang dikaji ini merupakan pekebun kecil kelapa sawit baik lelaki mahupun perempuan kerana kajian ini memfokuskan persepsi mereka terhadap penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Bagi mengenalpasti persepsi terhadap penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu komponen kecekapan dan inovasi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa jumlah min bagi komponen inovasi adalah 4.24 yang menunjukkan persepsi bagi pengaplikasian teknologi seperti penggunaan jentera jentolak memudahkan menggali tanah dan menolak pokok kelapa sawit teknologi moden banyak mempengaruhi dalam penggunaan teknologi moden dalam perladangan kelapa sawit. Kajian juga mendapati jumlah min bagi komponen kecekapan adalah 4.24 yang menunjukkan bahawa persepsi pekebun kecil terhadap komponen ini adalah teknologi moden memanfaatkan petani kelapa sawit dengan memudahkan kerja mereka dan juga meningkatkan produktiviti kelapa sawit. Kesimpulannya, persepsi pekebun kecil terhadap penggunaan teknologi moden adalah lebih kearah positif dimana ianya dapat meningkatkan pendapatan dan menaiktarafkan kehidupan. Namun demikian, pandangan yang dikemukakan perlulah dipraktikkan dalam kehidupan sama ada pekebun kecil kelapa sawit mengaplikasikan teknologi ini dalam menjalankan usaha ini.

Item Type:Article
Keywords:Teknologi; Kelapa sawit; Pertanian; Kecekapan; Inovasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19025
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jul 2022 06:52
Last Modified:22 Jul 2022 08:48

Repository Staff Only: item control page