Analisis Kohesi Nahuan dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’

Mariappan Kattaiyan, and Veeramohan Veeraputhran, and Paramasivam Muthusamy, (2021) Analisis Kohesi Nahuan dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (10(SI)). pp. 13-35. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
803kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1449

Abstract

Kohesi merupakan konsep semantik yang menunjukkan perkaitan makna yang wujud dalam teks. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kehadiran unsur Kohesi Nahuan dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’. Jenis Kohesi Nahuan dan perbandingan jenis Kohesi nahuan tersebut turut dikaji dan rasional kehadiran unsur Kohesi tersebut dalam novel Tamil ‘Aghal Vilakku’ yang dikarang oleh Mu. Varatharasan (Mu.Va) turut dijelaskan. Novel ini merupakan salah satu komponen utama dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi subjek Kesusasteraan Tamil dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, kajian ini membawa idea bagaimana teks novel ini ditenun dan teks ini mudah difahami oleh murid untuk membina idea dalam menjawab soalan esei dalam SPM. Dalam pada itu, teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) digunakan untuk menjawab objektif kajian ini. Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976) diperlihatkan melalui Kohesi Nahuan dan melalui beberapa kaedah seperti rujukan, penggantian, penghilangan dan penghubungan. Teori Kohesi ini digunakan untuk menganalisis data kajian, iaitu novel Tamil ‘Aghal Vilakku’ yang mempunyai 412 halaman yang dipecahkan kepada 27 bab. Kaedah kualitatif digunakan untuk menganalisis data melalui kaedah kepustakaan, pemilihan sampel kajian dan prosedur kajian. Data kajian dianalisis dengan setiap unsur Kohesi Nahuan yang dikenalpasti melalui pembacaan. Seterusnya, perbandingan antara unsur Kohesi Nahuan dibuat dan rasional kehadiran Kohesi diperjelaskan. Kajian ini diharapkan akan memberi manfaat kepada warga penulis novel Tamil, murid sekolah, universiti dan pengkaji masa hadapan dalam dunia analisis wacana. Ini kerana suatu teks yang utuh akan mempamerkan ciri Kohesi. Hasilnya, novel ‘Aghal Vilakku’ memperlihatkan kehadiran semua unsur Kohesi Nahuan dimana Kohesi Nahuan rujukan mendominasi novel ini dengan kekerapan kehadiran yang lebih banyak daripada kaedah-kaedah lain dalam Kohesi Nahuan. Ini menampakkan bahawa novel ini dikarang dengan aspek tatabahasa dimana aspek rujukan diberi keutamaan supaya idea penceritaan dalam novel ini dialirkan supaya mudah difahami oleh pelajar atau pembaca.

Item Type:Article
Keywords:Kohesi Nahuan; Novel Tamil; ‘Aghal Vilakku’; Teori Kohesi Halliday dan Hasan (1976); Kaedah kualitatif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:19033
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Jul 2022 00:46
Last Modified:25 Jul 2022 01:07

Repository Staff Only: item control page